Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sistem Kesihatan Perlu Reformasi, Elak Doktor Pakar Kerajaan Angkat Kaki

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 9:00AM

Pakar berpendapat dengan memperkenalkan insurans kesihatan sosial, tahap perkhidmatan kesihatan dapat dipertingkat dan mampu mengelak penghijrahan doktor kerajaan ke sektor swasta yang menjadi punca kekurangan petugas perubatan berkenaan di fasiliti kesihatan awam hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya kerajaan melakukan reformasi sistem kesihatan di negara ini dengan memperkenalkan insurans kesihatan sosial bagi menggantikan perkhidmatan percuma sedia ada.

Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, menerusi pembaharuan itu, tahap perkhidmatan kesihatan dapat dipertingkat dan mampu mengelak penghijrahan doktor pakar hospital kerajaan ke sektor swasta yang menjadi punca kekurangan petugas perubatan berkenaan di fasiliti kesihatan awam hari ini.

“Tapi sekarang kita pakai sistem pembayaran cara tradisional, maknanya pesakit pergi swasta caj perkhidmatan dikenakan RM20,000 atau RM30,000. Sudah tentulah gaji doktor pakar (swasta) lebih tinggi.

“Gaji lumayan itu sememangnya mendorong mereka (doktor pakar) untuk berhijrah ke sektor swasta. Jadi nak menyekat mereka daripada lari, kerajaan kena ubah cara pembayaran rawatan di hospital awam. Kerajaan perlu perkenalkan sistem insurans kesihatan sosial.

“Dengan kaedah itu, doktor pakar akan dibayar kerajaan dengan cara lebih baik. Maknanya, mereka akan dapat bayaran sama seperti sektor swasta. Jadi doktor terbabit takkan lari,” katanya kepada Getaran.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Pada masa sama, beliau mencadangkan agar sistem tersebut dibiayai jawatankuasa khas dengan dipantau Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkaitan bagi membolehkan rakyat mendapat perlindungan penuh untuk perubatan pakar, pembedahan dan rawatan penyakit utama.

Usaha itu, katanya, sudah dilaksanakan di Thailand dan Korea Selatan dengan kos rawatan dibayar menerusi jawatankuasa khas diwujudkan yang menyaksikan pesakit boleh menerima rawatan di hospital kerajaan dan hospital swasta.

“Bila sistem itu diperkenalkan bayaran tak mahal. Bukan macam sekarang pembedahan di hospital swasta sahaja sudah RM20,000 kerana wujud perkhidmatan perubatan dua peringkat. Kalau sistem insurans sosial tak begitu,” katanya.

Malah, Dr Sharifa Ezat berkata, pelaksanaan sistem itu mampu mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital kerajaan, selain memendekkan tempoh masa menunggu bagi setiap pesakit.

Jelasnya, ketika ini, kos kesihatan semakin tinggi dan kerajaan menyediakan peruntukan besar (subsidi) menerusi hasil kutipan cukai, manakala pesakit hanya dikenakan bayaran RM1 untuk akses rawatan di klinik dan hospital kerajaan.

“Ubat dapat free, ada yang tak makan. Jadi mereka ambil remeh sebab tak ada siapa check (periksa). Ini menyebabkan waktu menunggu di hospital dan klinik kerajaan meningkat. Perkara ini yang sebenarnya kita nak elakkan,” katanya.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut senada dengan Dr Sharifa Ezat berhubung perkara tersebut.

Katanya, mekanisme baharu itu boleh dipertimbangkan kerajaan bagi mengurangkan tanggungan kos dan subsidi tinggi untuk sektor kesihatan awam.

“Sudah lama tertangguh. Sistem sekarang perlu transformasi kepada sistem yang ada akses secara universal dengan kualiti baik di semua peringkat.

“Ini termasuklah integrasi sistem awam dan swasta serta kaedah pembiayaan kesihatan atau insurans. Jadi perlu ada mekanisme baharu yang boleh menampung bajet kesihatan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan pembiayaan kos kesihatan menggunakan cukai kerajaan Persekutuan adalah kaedah tidak lestari.

Situasi itu, katanya, menyebabkan kerajaan sukar meningkatkan belanjawan kepada KKM.

Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM32.4 bilion untuk pengurusan dan pembangunan KKM daripada keseluruhan RM322.5 bilion Belanjawan 2021. - Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

Semasa 19 jam yang lalu

Pemain Tengah JDT Mangsa Ketiga, Kereta Safiq Rahim Dipecah Guna Tukul

oleh Wartawan Getaran

Sukan 12 jam yang lalu

Keadaan Faisal Halim Amat Positif Selepas Pembedahan Kedua

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Serangan Terkini Israel Ke Atas Rafah