web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Isteri SM Faisal Dihantar Ke Penjara Kajang Jalani Hukuman Penjara Seminggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 6:03PM

Bekas isteri ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, 43, (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini, bagi prosiding komital berhubung isu mengubah tarikh lawatan tiga anakanya untuk bersama bapa mereka - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas isteri ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari bermula hari ini kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Pada 4 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia atas kesalahan menghina mahkamah selepas ingkar perintah kerana mengubah tarikh lawatan tiga anak lelakinya yang kini berusia antara 10 dan 16 tahun untuk bersama bapa mereka, SM Faisal namun wanita itu dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Peguam Syarie Nazri Yahya, yang mewakili Emilia memberitahu pemberita bahawa waran tangkap dan waran penahanan telah dikeluarkan terhadap anak guamnya hari ini dan wanita itu akan dihantar ke Penjara Kajang.

Ditanya mengenai rayuan kes itu, peguam itu berkata rayuan anak guamnya telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 1 Dis 2020 selepas peguam terdahulu yang mewakili Emilia telah menarik diri daripada mewakilinya.

"Mahkamah tolak rayuan tanpa kehadiran anak guam saya pada pendengaran prosiding rayuan 1 Dis 2020," katanya yang turut memaklumkan Emilia reda dan bersedia dari segi mental semasa menyerahkan diri di pejabat polis Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Nazri, anak guamnya akan hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 6 Julai ini dalam prosiding perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa mencederakan bekas isterinya itu.

Pada 15 Jun lepas, Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap kepada Emilia selepas gagal hadir untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Terdahulu, ibu kepada Emilia diberi peluang untuk bertemu anaknya yang ditahan di lokap Mahkamah Syariah di sini dan selepas keluar dari lokap, wanita itu dilihat mendakap erat kasut milik anaknya.

"Kasut ni dia kena tukar pakai selipar. Lepas ini, dia (Emilia) akan terus ke (Penjara) Kajang," katanya sambil mengelap air mata.

Ditanya mengenai keadaan Emilia, wanita berjubah hitam itu berkata, "Dia tabah".

Emilia dan SM Faisal berkahwin pada 2002 sebelum bercerai 2016 dan hak penjagaan penuh terhadap tiga anak mereka diberikan sepenuhnya kepada Emilia.

Emilia, 43, berjubah dan berselendang putih yang tiba di Mahkamah Syariah di sini pada 9.50 pagi ditemani ahli keluarganya ketika ditemui pemberita, berharap kes yang dihadapinya menjadi contoh supaya mendapat keadilan yang sewajarnya.

Pada 8 Jun lepas, Emilia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana menghina mahkamah.

Emilia memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi dengan menamakan SM Faisal, 43, serta bekas ibu mentuanya Puan Sri Zaleha Ismail, 70, sebagai responden.

Turut dinamakan ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Emilia memohon deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar serta menghukum mana-mana individu yang menghina mahkamah sebaliknya bidang kuasa itu adalah hak eksklusif mahkamah sivil di peringkat Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi, menurut Artikel 126 Perlembagaan Persekutuan.

Pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman itu akan didengar pada 20 Julai ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman, Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Emilia Tarik Balik Kes, SM Faisal Dilepas Dan Dibebaskan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

SM Faisal Dan Bekas Isteri Akan Berunding Selesai Kes Di Luar Mahkamah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Puteri Sarah Dapat Kebenaran Mulakan Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad