web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Puteri Sarah Dapat Kebenaran Mulakan Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 6:46PM

Puteri Sarah memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakak, serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon Puteri Sarah memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakak, serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani memberi kebenaran itu ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.

Menurut Akberdin, pihaknya akan menyerahkan salinan permohonan komital itu kepada Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, kakaknya iaitu Yasmin dan bapa mereka.

"Selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mereka menjawab terhadap permohonan kami. Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan," kata peguam itu ketika dihubungi.

Puteri Sarah memfailkan notis permohonan komital itu secara ex-parte (sebelah pihak) pada 31 Jan lepas terhadap ketiga-tiga individu itu atas dakwaan dengan sengaja menentang atau mengingkari perintah injunksi yang diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai 2022.

Ibu kepada dua anak itu memohon perintah injunksi tersebut dalam kes saman difailkannya terhadap Ira yang didakwa mengganggu dan mengugutnya menerusi media sosial.

Pada 4 Julai 2022, Puteri Sarah berjaya memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah antara lain bagi menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada mengganggu dan menjejaskan ketenteraman serta kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentua termasuk suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah dan keluarganya atau rakan serta orang gaji kepada isteri pertama Syamsul itu.

Pada 16 Januari lepas, Puteri Sarah, 38, memfailkan permohonan cerai dengan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan sebutan kes ditetapkan pada 7 Mac ini di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas.

Pada 6 Januari lepas, Syamsul mendedahkan beliau sudah bernikah dengan Ira di Thailand dalam video yang dikongsi menerusi Instagram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad