web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gua Matsoorat: FINAS Akan Kaji Pengeluaran Lesen Penggambaran

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 8:14AM

Gua Matsoorat menjadi salah satu tarikan pelancongan di Ipoh, Perak. - Gambar dari Facebook Masoorat Heritage Park

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan menilai semula pengeluaran lesen Surat Perakuan Penggambaran (SPP) ekoran dakwaan berlaku kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun selepas sebuah syarikat produksi mengadakan penggambaran di Gua Matsoorat baru-baru ini.

"Ini merupakan satu pencerobohan khazanah negara yang mana sepatutnya kru produksi harus berhati-hati.''

Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid berkata penilaian semula SPP akan dilakukan sekiranya pihak produksi ingin melakukan penggambaran di lokasi yang mempunyai khazanah negara bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

"Saya telah menyarankan bahagian penguatkuasaan FINAS untuk menilai semua SPP yang telah kita keluarkan. Kita kena lihat kawasan mana yang mereka ingin melakukan penggambaran.

"Kalau kawasan itu kawasan sensitif dari segi khazanah negara seperti khazanah prasejarah dan sebagainya, kita seharusnya menilai semula pengeluaran lesen SPP untuk memastikan perkara seperti ini tidak lagi berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik di Dewan Bandaran Ipoh anjuran bersama Luncai Emas Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh, FINAS dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) di sini hari ini.

Dakwaan berhubung kerosakan itu tular di laman sosial selepas penggambaran sebuah drama popular selain kru produksi dikatakan membuang sampah merata-rata dengan perkongsian beberapa keping gambar menunjukkan antara lain ukiran nama tajuk drama terbabit pada dinding gua.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata pihaknya turut berasa kecewa dengan insiden pencerobohan yang berlaku dan akan mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil selepas mendapat laporan penuh berhubung perkara itu.

Beliau berkata FINAS masih menjalankan siasatan dan sedang menunggu laporan penuh daripada pihak produksi bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya juga diminta oleh pihak menteri untuk mendapatkan cerita sebenar berkaitan perkara ini. Ini merupakan satu pencerobohan khazanah negara yang mana sepatutnya kru produksi harus berhati-hati," katanya.

Terdahulu, Zakaria meninjau Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik yang merupakan sebuah program pembangunan insan oleh FINAS bagi memberi pendedahan serta idea kepada peserta terutama anak muda mengenai cara pembikinan video muzik, penerbitan, penyuntingan dan kepentingan hak cipta. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad