web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAFI, KPDNHEP Bincang Bekalan, Harga Siling Baharu Ayam Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 8:56PM

Ronald Kiandee - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan mesyuarat khas esok, bagi membincangkan isu berkaitan bekalan dan harga siling baharu ayam di pasaran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, mesyuarat itu juga akan disertai pemain industri penternakan ayam.

Katanya, ia susulan keputusan kerajaan supaya harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Keputusan dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia supaya bekalan ayam terus diperoleh dengan harga kawalan berpatutan.

“Bekalan ayam kekal stabil pada minggu ketiga Jun 2022 dan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa,” katanya menerusi kenyataan.

Ronald berkata, Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga akan bersidang pada 27 Jun ini, bagi terus memantau status bekalan makanan negara, selain pelaksanaan tindakan intervensi yang dirangka untuk menangani isu bekalan makanan.

“Kerajaan akan meneruskan usaha memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam di pasaran kekal terjamin dengan harga berpatutan, bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan membuat keputusan bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

“Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

“Keputusan dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar rakyat tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad