web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 1,400 PPV Untuk Fasa 2 Dan Fasa 3 Program Imunisasi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 4:03PM

Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Lebih 1,400 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan di seluruh negara bagi pelaksanaan Fasa 2 dan Fasa 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata jumlah itu termasuk hospital dan klinik swasta terpilih yang turut dilibatkan sebagai pelaksana.

“Untuk penerima vaksin COVID-19 yang ditetapkan di PPV swasta yang dipilih, ia tetap percuma kerana vaksin COVID-19 yang diberikan adalah milik kerajaan dan kerajaan membayar perkhidmatan kepada hospital dan klinik swasta berkenaan.

“Di lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi pula, PPV bersaiz mega akan disediakan sebagai contohnya Stadium Bukit Jalil. Kerajaan juga merancang PPV secara kaedah pandu lalu supaya penerima vaksin menerimanya dari dalam kereta masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata kerajaan juga berkemungkinan membuka PPV secara 24 jam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya atau gangguan pada waktu kerja.

“Alhamdulillah, lebih 566,000 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini. Dalam taklimat kepada semua Ahli Parlimen minggu lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin telah memaklumkan jadual pelaksanaan akan dipercepat dengan sasaran mencapai imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.

“Melihat pelaksanaan fasa pertama sudah pun mencapai 566,000 orang, InsyaAllah kesemua petugas barisan depan boleh menyelesaikan dos kedua sebelum April tahun ini dan berikutan itu pelaksanaan Fasa 2 dan Fasa 3 akan dipercepatkan,” katanya.

Ahmad Amzad berkata lebih tujuh juta rakyat Malaysia mendaftar untuk menerima Vaksin COVID-19 melalui MySejahtera dan jumlah itu dijangka terus meningkat apabila gerakan mendaftar oleh sukarelawan MyVac digerakkan di seluruh negara yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad