web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lupus Kereta Tak Relevan, Tambah Baik Dahulu Pengangkutan Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 2:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan melupuskan kereta berusia 10 tahun di atas bukan sahaja belum bersedia dilaksanakan oleh rakyat, tetapi turut tidak relevan, khususnya dari aspek pembangunan infrastruktur.

Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, cadangan sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung langkah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya tersebut bukanlah sesuatu yang baharu.

Profesor Madya Dr Law Teik Hua
Profesor Madya Dr Law Teik Hua

Sebaliknya menurut beliau, ia sudah dilaksanakan di Jepun dan Singapura sejak sekian lama malah terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di negara tersebut.

“Bagaimanapun, bila bercakap dalam skop negara kita Malaysia, kita masih belum bersedia daripada pelbagai sudut untuk melaksanakan cadangan tersebut.  Sebagai contoh, apa alternatif lain yang boleh ditawarkan kepada pemilik kereta lama.

“Jika di Jepun dan Singapura, mereka menyediakan sistem pengangkutan awam yang sangat efisien kepada rakyat namun kita masih belum mencapai ke tahap itu buat masa ini,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, cadangan tersebut agak ‘tidak masuk akal’ buat masa ini memandangkan sistem pengangkutan awam Malaysia sebahagian besarnya tertumpu di kawasan bandar sahaja.

Menurut beliau lagi, pelaksanaan cadangan tersebut hanya akan menimbulkan lebih banyak isu kerana masyarakat masih tidak mempunyai pilihan lain jika terpaksa melupuskan kereta mereka.

“Jadi dalam isu ini, saya menyokong pendirian Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Wee Ka Siong) bahawa cadangan tersebut belum sesuai untuk di laksanakan di Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Teik Hua berkata, cadangan tersebut boleh dilaksanakan sebaik sahaja sistem pengangkutan awam di negara ini mencapai tahap terbaik, namun ia perlu dilakukan secara berperingkat.

“Ia boleh dilaksanakan apabila sistem pengangkutan awam sudah betul-betul efisien namun perlu dibuat secara berperingkat, sebagai contoh mulakan di Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town, namun jika untuk melaksanakannya secara menyeluruh ia agak mustahil,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan untuk meneruskan momentum pembangunan infrastruktur pengangkutan awam di negara bagi membolehkan cadangan tersebut dilaksanakan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Pengguna Malaysia (GPM), Beninder Singh berpendapat, tiada keperluan untuk meletakkan sebarang tempoh pelupusan untuk kenderaan sebaliknya terpulang kepada pemilik dalam membuat keputusan.

Beninder Singh
Beninder Singh

Menurutnya, tempoh 10 tahun diberikan kumpulan pakar terbabit adalah sangat singkat sedangkan majoriti kereta seusia itu masih berada dalam keadaan baik, bahkan boleh menjangkau lebih 20 tahun jika dijaga rapi.

“Selain itu, untuk menggalakkan pemilikan kenderaan oleh individu, kerajaan telah membenarkan tempoh bayaran balik pinjaman sewa beli sehingga sembilan tahun. Maka tak logik kenderaan dilupuskan hanya setahun selepas habis pembayarannya.

“Sekiranya cadangan ini diterima, sudah tentu ia akan menyusahkan orang ramai kerana kenderaan merupakan satu aset isi rumah yang penting dan kerajaan tidak boleh memaksa pelupusannya disebabkan pengguna yang terkesan mungkin tak mampu lagi untuk memiliki kenderaan baharu.

“Kita sedia maklum bahawa harga kereta adalah mahal dan sentiasa meningkat, malah kos sara hidup juga sentiasa menaik,” tegasnya.

Beninder berkata, kerajaan tidak boleh memaksa pengguna melupuskan kenderaan mereka hanya untuk menggalakkan pembelian kereta tempatan atau mengurangkan kesesakan, sebaliknya orang ramai perlu digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam.

“Strategi kerajaan untuk jangka masa panjang seharusnya menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam dan menggurangkan kenderaan bukan sebaliknya (membeli kereta tempatan),” katanya. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kerajaan Perlu Membangun Sistem Pengangkutan Awam Yang Inklusif Dan Holistik

2

Kisah Kita 3 tahun yang lalu

Banjir: Sampan Berusia Lebih 50 Tahun Nadi Pengangkutan Utama

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Bersemangat Pulang Mengundi, Jualan Tiket Melonjak

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lupus Kereta Usia Sedekad Terima Kecaman, Cadangan Tak Fikir Keadaan Rakyat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam