Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Membangun Sistem Pengangkutan Awam Yang Inklusif Dan Holistik

Kolum Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Feb 2024 2:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara Pengarang,

Malaysia telah banyak melabur dalam projek pengangkutan seperti MRT, LRT, dan KTM Komuter tetapi ramai lagi rakyat Malaysia, terutamanya di Lembah Klang, masih tidak berpuas hati.

Walaupun wang rakyat berbilion dibelanjakan, ramai masih tidak menggunakan pengangkutan awam dan mereka tetap ragu-ragu terhadapnya kerana pelbagai faktor.

Cabaran utama ialah jarak antara rumah, stesen dan destinasi. Perkhidmatan bas penghubung yang terhad dan jadual bas yang tidak dapat diharapkan sering menyebabkan ramai pengguna berasa kecewa dan kadang-kadang terkandas.

Walaupun inisiatif seperti jambatan penyambung dan perkhidmatan penghubung khas boleh dipuji, ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Bulan lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk menangani isu penghubung pertama dan terakhir dalam pengangkutan awam. Namun, ia mungkin mungkin tidak mencukupi.

Walaubagaimanapun, ia merupakan satu permulaan dan peningkatan yang ketara untuk mencipta rangkaian pengangkutan awam nasional yang benar-benar berkesan.

Untuk menangani isu-isu ini, kita memerlukan pendekatan yang memenuhi keperluan pelbagai rakyat Malaysia.

Contohnya memperluaskan dan mengintegrasikan pengunaan van. Van menawarkan fleksibiliti dan ia boleh dipertimbangkan untuk diintegrasikan ke dalam rangkaian yang lebih besar. Ini mungkin dapat dijayakan melalui kerjasama dengan perkhidmatan seperti Grab atau MyTeksi kerana ia akan memastikan liputan yang lebih luas.

Kerajaan juga boleh mengalakkan pengunaan basikal dan e-bike, untuk perjalanan jarak dekat untuk ke stesen atau terminal.

Selain daripada ini, untuk kawasan pedalaman, kerajaan perlu bangunkan sistem pengangkutan yang responsif kepada permintaan rakyat.

Kerajaan juga perlu utamakan pejalan kaki dengan laluan berjalan yang selamat. Ini akan menggalakkan orangramai untuk berjalan kaki untuk akses kepada pengangkutan awam.

Kita juga dapat belajar dari konsep yang dibangunkan oleh sektor swasta. Contohnya model Edumetro di Subang. Projek pembangunan bercampur ini, merangkumi rumah kediaman, komersial, dan kolej pendidikan.

Pemaju projek ini bekerjasama untuk Kumpool yang memberi servis sama seperti e-hailing untuk penduduk di situ. Kumpool menawarkan perjalanan yang cepat dengan harga berpatutan dalam kawasan projek ini dan juga memberi sambungan kepada rangkaian LRT. Penyelesaian inovatif ini menunjukkan potensi kerjasama antara pemaju, sektor swasta, dan pihak berkuasa untuk mengurangkan jurang dalam pengangkutan awam ini.

Kita perlu menerima pendekatan yang komprehensif dan inklusif, serta belajar dari inisiatif yang berjaya seperti Edumetro. Ia adalah kunci untuk membuka potensi sebenar pengangkutan awam bagi semua rakyat Malaysia. Ini tidak hanya akan memberi manfaat kepada individu tetapi ia juga akan menyenangkan perjalanan harian mereka.

Mohd Fazli Adam
Subang Jaya

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

3

Kolum 3 bulan yang lalu

Tindakan Pantas Menteri 'Sapu' Mini Dhaka Demi Pertahan Identiti Nasional

4

Kolum 5 bulan yang lalu

KKM Wajar Pertimbang 'Jalan Tengah' Dalam RUU Kawalan Rokok

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM