Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan Pantas Menteri 'Sapu' Mini Dhaka Demi Pertahan Identiti Nasional

Kolum Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jan 2024 4:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuan Pengarang,

Bagi warga Kuala Lumpur, terutama mereka yang bekerja di sekitar Jalan Silang atau sering lalu di kawasan tersebut, sudah tentu tidak asing lagi dengan 'Mini Dhaka'. 

Setiap kali saya lalu di kawasan tersebut, saya cukup rimas. Adakah saya berada di Malaysia ataupun di luar negara? Kawasan tersebut sudah menjadi koloni warga asing. Ramai peniaga asing mendirikan gerai di tepi jalan dan menjual pelbagai jenis barangan keperluan untuk warga asing.

Banyak juga gerai yang hanya memaparkan papan tanda tulisan asing dan bahasa penghantar bukan Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa yang kerap kita gunakan di Malaysia. 

Perlukah Kuala Lumpur, yang suatu ketika dahulu pernah menjadi ibu negara Malaysia, dan masih merupakan antara nadi utama tanahair, mempunyai sebuah koloni yang mencacatkan imej dan budaya negara?

Ini bukan soal xenophobia. Kewujudan 'Mini Dhaka' bercanggah dengan identiti nasional, di mana Bahasa Melayu menjadi tunjang, walaupun bahasa-bahasa lain seperti Cina dan Tamil boleh digunakan. Ia juga bertentangan dengan semangat budaya Malaysia.

Jika perkara ini dibiarkan berterusan, adakah 'Mini Delhi' atau 'Mini Rangoon' akan bercambah di serata negara bak cendawan selepas hujan? Tidakkah ini mencemarkan kesucian budaya Malaysia, yang ditunjangi dengan adat dan resam Melayu?

Tidak berapa jauh dari Jalan Silang, kita sudah ada 'Chinatown' di Jalan Petaling dan 'Little India' di Brickfields. Apakah Kuala Lumpur ingin menjadi 'Mini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu' kelak?

Oleh itu, saya menyokong tindakan pantas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu 'Mini Dhaka' baru-baru ini, atas arahan Menterinya, Dr Zaliha Mustafa.

Dilaporkan seramai lebih 1,000 warga asing terdiri Bangladesh, Nepal dan Myanmar ditahan anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA). Sebanyak 29 buah premis perniagaan dan 20 penjaja tanpa lesen telah dikenakan tindakan sita barangan termasuk membabitkan penjaja bukan warganegara.

Tidak sampai sebulan Dr Zaliha memegang tampuk kepimpinan, beliau telah bertindak tegas dan tangkas menyelesaikan masalah yang menjadi 'kecacatan' ibu kota buat sekian lama.

Menteri-menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini, seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, tidak pernah mengambil berat akan masalah ini, walhal membiarkan masalah ini berlarutan sehingga ke tahap kritikal hari ini.

Tahniah, Dr Zaliha. Semoga ini menjadi petanda baik usaha beliau mengembalikan kegemilangan Kuala Lumpur dan membela kebajikan warga kota.

Hakim Dahlan,

Kepong, Kuala Lumpur

Kepong, Kuala Lumpur

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

3

Kolum 2 bulan yang lalu

Kerajaan Perlu Membangun Sistem Pengangkutan Awam Yang Inklusif Dan Holistik

4

Kolum 5 bulan yang lalu

KKM Wajar Pertimbang 'Jalan Tengah' Dalam RUU Kawalan Rokok

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM