Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Banjir: Sampan Berusia Lebih 50 Tahun Nadi Pengangkutan Utama

Sampan warisan keluarga yang diperbuat daripada kayu merbau itu bukan hanya berjasa kepada keluarganya sahaja, malah turut dijadikan kenderaan untuk mengangkut barangan keperluan untuk dihantar ke PPS yang dihuninya.

Kisah Kita Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 8:32PM

Seorang penduduk di Kampung Parit Lapis Bangas, Sri Medan, Mohd Ehsan Suterisno, 38, kini menjadikan ‘sampan kolek’ warisan keluarganya sebagai pengangkutan utama setelah kediamannya ditenggelami air banjir sedalam hampir dua meter - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Sebuah sampan berusia lebih 50 tahun yang sebelum ini hanya disimpan di bahagian belakang rumah, kini menjadi pengangkutan utama bagi sebuah keluarga selepas kediaman mereka di Kampung Parit Lapis Bangas, Sri Medan di sini ditenggelami banjir.

Pemilik generasi ketiga sampan berkenaan, Mohd Ehsan Suterisno, 38, berkata sampan itu menjadi pengangkutan harian dia sekeluarga memandangkan kawasan sekitar rumahnya dinaiki air mencecah hampir dua meter sejak 3 Mac lepas.

Katanya sampan yang dikenali sebagai sampan kolek dibuat pada 1970-an itu pernah digunakan oleh datuknya sekitar tahun yang sama sebelum digunakan oleh bapanya pada 1980-an ketika berdepan dengan situasi banjir.

“Sebelum ini banjir di kawasan rumah hanya naik hingga paras betis sahaja dan kenderaan berat masih boleh melalui jalan di sekitar rumah, namun kini sampan ini amat diperlukan kerana air naik begitu cepat hingga hampir paras dua meter,” katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Parit Lapis Bangas, Sri Medan di sini hari ini.

Mohd Ehsan berkata sampan warisan keluarga yang diperbuat daripada kayu merbau itu bukan hanya berjasa kepada keluarganya sahaja, malah turut dijadikan kenderaan untuk mengangkut barangan keperluan untuk dihantar ke PPS yang dihuninya.

Menurut Mohd Ehsan, PPS yang dibuka sejak 2 Mac lepas itu telah terputus hubungan jalan darat dan hanya boleh diakses dengan menggunakan sampan atau bot sahaja.

“Satu-satunya jalan darat untuk ke PPS ini adalah melalui River Estate di Yong Peng dan sekiranya ada bantuan terutama daripada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sampan inilah yang akan digunakan.

“Saya akan jaga dan simpan sampan ini sebaik-sebaiknya kerana banyak jasanya untuk keluarga kami sejak turun-temurun dan turut akan memberitahu kepada anak-anak agar dapat menjaganya dengan baik suatu hari nanti,” katanya sambil berharap banjir besar itu tidak akan berulang pada masa akan datang.

Setakat 8 pagi tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan seramai 45,218 orang dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 38,134 orang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

3 Sekolah Terjejas Banjir Di Johor Akan Dibuka Secepat Mungkin

2

Semasa 3 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Baru Pahat Menurun Kepada 10,396 Pagi Ini

3

Semasa 4 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Batu Pahat, Segamat Semakin Berkurang

4

Semasa 5 hari yang lalu

Banjir Semakin Surut, Hanya 21,127 Mangsa Di 83 PPS Di Johor

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa