web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Sulung Karpal Singh Cedera Diserang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 4:49PM

Jagdeep Singh Deo - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di sini selepas diserang dalam kejadian mengejutkan petang kelmarin.

Motif serangan tidak diketahui, tetapi ia berlaku pada petang Jumaat ketika pemimpin DAP negeri itu keluar membeli-belah di Tanjung Bungah.

Difahamkan, seorang lelaki bertindak menghampiri Jagdeep sebelum menolaknya sehingga terjatuh.

Ekoran kejadian, Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat itu  mengalami lebam dan kecederaan di bahagian kaki.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan kejadian itu dan berkata, seorang suspek kemudiannya ditahan berhubung kes tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut mengenai penahanan itu.

Secara kebetulan, kes melibatkan Jagdeep itu berlaku hanya dua hari selepas rakan separti, R.S.N. Rayer, yang juga Ahli Parlimen Jelutong, mengalami kecederaan akibat kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Batang Kali, Selangor.

Jagdeep merupakan anak sulung kepada mendiang Pengerusi DAP Karpal Singh cukup dikenali dengan kelantangan, khususnya mengenai isu berkaitan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan yang disandangnya.

Baru-baru ini, beliau menarik perhatian ramai apabila mengemukakan rancangan untuk melarang penginapan jangka pendek di bangunan kediaman bertingkat tinggi di negeri ini.

Tegasnya, Pulau Pinang mahu menjadi yang pertama di negara ini terlibat menggubal undang-undang sedemikian.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi ahli keluarganya tidak berjaya.

Difahamkan, Jagdeep kini dirawat di Hospital Gleneagles di sini.

Sementara itu, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri, Phee Boon Poh ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut berhubung insiden itu.

“Saya dimaklumkan Jagdeep tergelincir dan terjatuh, tetapi sekarang ada laporan mengatakan dia  diserang. Kami perlu mendapat pengesahan mengenai perkara ini,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy pula berkata, beliau tidak menyedari kejadian itu dan mendoakan agar Jagdeep segera diberi kesembuhan.

Beliau bersetuju bahawa polis mungkin perlu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap wakil rakyat berikutan insiden melibatkan pegawai kerajaan negeri baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang M. Ramachandran, 70, diserang dan ditetak sekumpulan individu tidak dikenali pada Julai tahun lalu di sini. - The Vibes, 19 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Adakah P Ramasamy, Jagdeep Bertanding Di Kawasan Lain?

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Suspek Serang Jagdeep Tiada Motif, Tak Pernah Kenal Mangsa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad