web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Adakah P Ramasamy, Jagdeep Bertanding Di Kawasan Lain?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 9:29AM

Jagdeep Singh Deo (kiri) dan P Ramasamy - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Persoalan kini tercetus berhubung nasib dua pemimpin DAP di Pulau Pinang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan, pengundian hanya akan diadakan bagi kawasan Parlimen di negeri berkenaan.

Ia memandangkan kedua-dua Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Exco Kerajaan Negeri, Jagdeep Singh Deo, masing-masing memegang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Prai serta Datuk Keramat.

Malah, terdapat spekulasi sama ada mereka akan diletakkan sebagai calon di kerusi kawasan lain.

Walaupun Jagdeep, anak kepada mantan Pengerusi DAP, Karpal Singh mungkin dibenarkan bertanding di peringkat negeri, timbul persoalan sama ada Ramasamy juga diberikan peluang sama.

“Kami telah mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang kepada dua penggal.

“Ia adalah undang-undang. Jadi patutkah kita membenarkan Timbalan Ketua Menteri untuk penggal keempat? Itu mungkin terlalu lama,” kata sumber dalaman merujuk kepada DUN yang meluluskan usul untuk mengehadkan tempoh jawatan itu kepada dua penggal.

Ramasamy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada 2008, sejurus memenangi kerusi DUN Prai pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun itu.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu Kawan dari 2008 hingga 2013.

Terdapat ketidakpastian sama ada Ramasamy berminat untuk bersara atau bertanding di kerusi Parlimen lain. Pilihan beliau itu bakal menarik perhatian selepas Kasthuri Patto baru-baru ini mengumumkan, tidak akan mempertahankan kerusi Batu Kawan.

Jika salah satu daripada itu berlaku dan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kuasa di negeri berkenaan, tumpuan pastinya diberikan kepada siapa akan dilantik menggantikan Timbalan Ketua Menteri II, iaitu jawatan difahamkan dikhaskan untuk kaum India.

Selain itu, wujud keperluan untuk menampilkan muka baharu dalam barisan exco kerajaan negeri, bagi mengelakkan rasa terlalu selesa dalam mana-mana organisasi, kata sumber itu.

Ada laporan mengatakan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri, mungkin terpaksa bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan untuk tidak mencetuskan situasi tidak diingini dalam kalangan pihak tertentu.

Chow yang dianggap sebagai pemimpin setia mengambil langkah sama pada 2018 apabila ketika saat akhir, beliau dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Tanjong, selepas adik kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Lim Hui Ying yang sepatutnya bertanding di situ, memutuskan untuk menarik diri.

Akhirnya, setiap calon diingatkan bahawa musuh mereka adalah Barisan Nasional (BN).

Ramasamy memberikan kenyataan di media sosial baru-baru ini dengan menyambut baik keputusan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang tidak dicalonkan di kerusi itu dan meminta semua orang mencontohi sikap pemimpin terbabit untuk tetap bekerja sebagai satu pasukan.

Sebelum Parlimen dibubarkan bulan ini, DAP memegang tujuh daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Menutu sumber, parti itu berkemungkinan mengekalkan empar daripada tujuh penyandang di kerusi terbabit.

Senarai calon yang tinggal masih dalam rundingan.

Antara pemimpin kekal mempertahankan kerusi di negeri berkenaan adalah Guan Eng yang akan bertanding semula di Bagan sejak memenangi kerusi itu pada 2008. – The Vibes, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad