web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suspek Serang Jagdeep Tiada Motif, Tak Pernah Kenal Mangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 2:48PM

Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PULAU PINANG - Suspek yang menyerang Exco Negeri, Jagdeep Singh Deo tidak mempunyai sebarang motif untuk berbuat demikian, atau mengenali Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berbangsa Inggeris berusia 60 tahun tersebut dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Menurutnya, suspek direman selama dua hari dan sudah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

“Saya mengesahkan bahawa suspek tidak mempunyai motif untuk menyerang mangsa kerana dia tidak tahu bahawa mangsa adalah seorang ahli politik.

“Hanya terdapat sedikit salah faham antara mereka. Suspek ditahan beberapa jam selepas kejadian di kediamannya dekat George Town,” katanya pada sidang media, hari ini.

Shuhaily berkata, kejadian berlaku petang Jumaat lalu di parkir yang berhadapan dengan sebuah restoran dan bar terkenal di Tanjung Bungah.

Tambahnya, suspek dan mangsa ketika kejadian mengunjungi premis terbabit bersama ahli keluarga untuk makan malam.

“Kita sedang melakukan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti jika terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Suspek dan mangsa kedua-duanya membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Jagdeep, 51, kini masih dirawat di sebuah hospital swasta selepas menjalani prosedur pembedahan bagi merawat kecederaan dialaminya iaitu patah di bahagian buku lali. - The Vibes, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad