web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Industri Penternakan Ayam ‘Sesak’, Pertimbangkan Semula Pembabitan NAFAS, ANGKASA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 7:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penglibatan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam industri penternakan ayam perlu diteliti secara terperinci demi kepentingan jutaan ahlinya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, industri tersebut mungkin agak berisiko kepada ahli kedua-dua koperasi itu disebabkan ‘kesesakan’ dalam sektor berkenaan, selain margin keuntungannya agak tipis.

“Pertama sekali, sektor penternakan ayam adalah ‘Lautan Merah’. Sektor ini sudah mewujudkan pemain industri yang ramai dan sesak.

“Kedua, margin keuntungan agak tipis kerana harga ayam kekal rendah selama puluhan tahun.

“Rakyat berkehendakkan harga ayam rendah, maka kawalan harga oleh kerajaan selalunya menyebabkan kerugian kepada penternak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malah beliau berkata, bekalan domestik yang mencecah 105 peratus Kadar Sara Diri (SSR) menyebabkan tidak wujud pasaran baharu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, NAFAS dan ANGKASA akan lebih proaktif dalam industri penternakan ayam serta penanaman jagung bijirin bagi menstabilkan bekalan dan harga ayam di pasaran.

Katanya, NAFAS menyasarkan untuk menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluaran sebanyak 144 juta ekor setahun, manakala ANGKASA sebanyak 30 juta ekor bagi tempoh sama.

Menurut Tze Tzin yang juga jurucakap Pertanian dan Komoditi PKR, kedua-dua koperasi terbesar negara itu sudah tentu akan menggunakan ratusan juta ringgit duit caruman ahlinya dalam pelaburan baharu ini.

“Kemasukan NAFAS dan ANGKASA tidak semestinya membawa keuntungan dijangkakan, malah mungkin menghadapi kerugian.

“Maka, saya ingin menasihati NAFAS dan ANGKASA agar membuat kajian secara terperinci terlebih dahulu demi kepentingan jutaan ahli mereka,” katanya.

Sim Tze Tzin
Sim Tze Tzin

Pada masa sama, beliau berkata, kemudahan lain seperti subsidi, tanah percuma kerajaan, geran atau pinjaman faedah rendah dinikmati kedua-dua koperasi berkenaan akan memberi tamparan hebat kepada penternak kecil.

“Penternak kecil sedia ada sudah tentunya tidak dapat bantuan sebegini. Ini wujud ketidakadilan. Mereka sudah tentu akan kalah kepada koperasi gergasi itu. Apakah nasib mereka?

“Mereka mungkin akan tutup kedai kerana tidak berupaya untuk bersaing. Kehilangan petani adalah satu kehilangan sumber makanan kita kerana ‘No Farmers No Food’.

“Penternak harus dilihat sebagai benteng sekuriti makanan negara. Kita harus menjaga mereka,” tegasnya.

Susulan itu, beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan semula penglibatan NAFAS dan ANGKASA dalam strategi Lautan Merah berkenaan.

“Ada banyak sektor pertanian lagi yang memerlukan perhatian kerajaan, antaranya tanaman padi (SSR 70 peratus), penternakan ruminan (SSR 20 peratus), lembu tenusu (SSR 50 peratus), sektor penanaman sayur-sayuran (SSR 60 peratus), akuakultur dan banyak lagi.

“Penglibatan NAFAS dan ANGKASA dalam Lautan Biru amat dialu-alukan. Mereka akan membantu mengurangkan kebergantungan import makanan dari luar negara. Bukankah itu strategi lebih bijak?” soalnya. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad