web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lokap Tahanan Pendatang Tanpa Izin Di Johor Dikenakan PKPD

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 8:08AM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di dua lokap tahanan pendatang tanpa izin di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setia Tropika serta Jabatan Imigresen Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru bermula hari ini hingga 10 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD di dua lokap itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti susulan peningkatan kes positif COVID-19.

“Sehingga kini, KKM melaksanakan ujian saringan ke atas 82 pendatang tanpa izin di Kompleks KDN Setia Tropika dan daripada jumlah itu 39 orang didapati positif COVID-19.

“Sementara itu, sehingga 25 Mac lepas, sebanyak 51 kes positif dilaporkan di Lokap Tahanan Pendatang Tanpa Izin Jabatan Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar hasil saringan ke atas tahanan bergejala,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan hari ini.

Beliau berkata kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di dua lokasi berkenaan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPD di Kampung Lingkudau di Keningau, Sabah sejak 15 Mac lepas akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko COVID-19, selain baki kes positif di lokaliti tersebut menunjukkan trend penurunan manakala kluster juga adalah terkawal.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,396 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 91 kes positif COVID-19 direkodkan,” katanya.

Mengenai taskforce operasi pematuhan, Ismail Sabri berkata 80 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP semalam dengan 79 daripadanya dikompaun manakala seorang direman.

Kesalahan tertinggi melibatkan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan sebanyak 26 kes, aktiviti pusat hiburan (24), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (16), aktiviti rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (sembilan), tidak memakai pelitup muka (empat) dan lain-lain kesalahan (satu).

Menerusi Operasi Benteng semalam, beliau berkata 10 pendatang tanpa izin ditahan manakala enam kenderaan darat dan sebuah bot dirampas, selain 48 bot dikesan di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran