web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Walk for Judicial Independence’ Bukti Badan Kehakiman Terus Dipertahan, Diperkasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 2:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji penganjuran ‘Walk for Judicial Independence’ diadakan Majlis Peguam hari ini kerana ia menunjukkan usaha berterusan pihak terbabit dalam mempertahan dan memperkasakan undang-undang negara.

Beliau berkata, bagi pandangannya, tindakan itu adalah petanda baik bahawa demokrasi di Malaysia berada di landasan tepat dan berkembang secara berterusan.

Katanya, momentum baik itu diperkasakan rakyat yang mengambil berat dalam mengekal dan mempertahankan semangat demokrasi serta Perlembagaan Persekutuan.

“Sultan Azlan Shah dengan bijak menyatakan ‘kewujudan mahkamah dan hakim dalam kalangan masyarakat tidak membuktikan apa-apa, apa yang penting adalah kualiti mereka, kebebasan mereka dan kuasa mereka yang penting’. Dan saya ingin menambah di sini bahawa tanggungjawab kerajaan demokratik untuk melindungi hak rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, sejak dahulu, ‘kuasa’ dipegang cuba melemahkan institusi demokrasi Malaysia untuk mencapai kepentingan peribadi dengan ‘mengorbankan’ rakyat.

Justeru, tegasnya, rakyat mesti terus berwaspada dalam mempertahankan institusi yang melindungi hak menerusi saluran diberikan kepada ereka oleh kedaulatan undang-undang yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, iaitu kebebasan bersuara.

Menurut Anwar, badan kehakiman bebas adalah asas kepada mana-mana demokrasi yang berfungsi.

“Sultan Azlan Shah seterusnya bertitah peraturan yang melindungi kebebasan kehakiman ‘dirancang untuk menjamin mereka akan bebas daripada tekanan luar dan bebas daripada semua pihak berkuasa kecuali undang-undang. Oleh itu, adalah penting untuk mereka memelihara kedaulatan undang-undang,” katanya.

Terdahulu sejam awal pagi tadi, ratusan peguam berhimpun di Padang Merbok bagi menyertai ‘Walk For Judicial Independent’ untuk berarak sejauh kira-kira 2.6 kilometer dari lokasi itu ke pekarangan luar bangunan Parlimen.

Rancangan mengadakan perarakan bertujuan menuntut kebebasan badan kehakiman itu diluluskan melalui resolusi oleh lebih 600 ahli badan peguam berkenaan yang hadir pada mesyuarat agung khas pada Mei lalu.

Ia adalah sebagai tindak balas kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Siasatan berkenaan dilapor digerakkan apabila ada sebuah blog berkaitan politik mendakwa Mohd Nazlan yang mengadili kes membabitkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mensabitkannya mempunyai kekayaan meragukan.

Namun, siasatan SPRM itu didakwa tidak berperlembagaan dan melanggar doktrin pengasingan kuasa di negara ini. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 2 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 33 minit yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad