web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarif Elektrik: Kenaikan 7 Peratus Bagi Segelintir Pengguna, Sebahagiannya Subsidi Bersasar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 9:09AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka melaksanakan strategi subsidi bersasar pertama yang akan menyaksikan golongan berpendapatan rendah terhindar daripada cadangan surcaj penggunaan elektrik, sementara pihak lain mungkin akan dikenakan caj sehingga 7 peratus lebih tinggi dalam bil bulanan mereka.

Kenaikan harga bahan api global mungkin menyaksikan surcaj sehingga 3.7 sen setiap kilowatt-jam (kWj), manakala mereka yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan akan menerima pengekalan rebat semasa pada kadar dua sen.

The Vibes melaporkan semalam bahawa lima juta isi rumah, atau 70 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik kurang daripada 300 kWj sebulan atau RM77 tidak perlu membayar lebih untuk sumber tenaga itu.

Putrajaya sejak kebelakangan ini sudah berbincang mengenai strategi subsidi bersasar, terutama berikutan tekanan kewangan kerajaan serta berbilion dibelanjakan untuk mengekalkan harga rendah keperluan rakyat, contohnya elektrik, bahan api, tol dan barangan makanan terpilih yang dilihat cenderung memberi manfaat lebih kepada kumpulan berpendapatan tinggi.

Difahamkan, kerajaan membelanjakan lebih 660 juta subsidi pengguna domestik antara Februari dan Jun tahun ini yang tidak mampan dalam jangka panjang.

Sumber memberitahu The Vibes bahawa strategi subsidi bersasar itu akan lebih adil, terutama bagi kerajaan yang akan menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijadualkan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun depan.

Surcaj penggunaan elektrik akan menyaksikan kenaikan antara 6.5 peratus hingga 7.1 peratus lebih tinggi dalam bil bulanan, bergantung kepada penggunaan.

Ia akan memberi kesan kepada kebanyakan mereka yang menggunakan elektrik lebih tinggi, iaitu membabitkan 30 peratus daripada 7.9 juta pangkalan pengguna domestik Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Surcaj 3.7 sen per kWH sudah dilaksanakan bagi pengguna bukan domestik untuk tempoh Februari hingga Jun ini.

Dengan kenaikan kos bahan api global berikutan konflik Russia-Ukraine sejak awal tahun ini, surcaj itu dilihat perlu dilaksanakan dalam kalangan pengguna domestik kerana selama ini mereka menikmati rebat.

Difahamkan, penyelarasan tarif itu akan terpakai dalam kalangan pengguna di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

Kadar elektrik di Sarawak pula tidak terkesan kerana bekalannya dikawal selia oleh Sarawak Energy milik kerajaan negeri.

Mereka yang terkesan adalah dalam kalangan yang menggunakan lebih daripada 300 kWh dan peningkatan itu dijangka antara tiga sen sebulan kepada RM22.24 dan ke atas.

Pengawal selia elektrik dan syarikat bekalan di seluruh dunia berdepan kesukaran untuk mengekalkan tarif pada kadar semasa, terutama disebabkan peningkatan harga minyak susulan konflik yang melanda.

Sebagai contoh, arang batu yang menguasai hampir separuh daripada keperluan jana kuasa Malaysia, meningkat empat kali ganda sejak perang tercetus.

Penanda aras harga arang batu Newcastle merekodkan kadar tertinggi AS$440 (RM1,944.14) per tan awal Mac lalu, meningkat dari AS$67.50 (RM296.83) sebelum ini.

Difahamkan, Putrajaya sedang mempertimbangkan kenaikan itu, terutama dalam membenarkan kos ditanggung pengguna menerusi formula Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) penjanaan dan pengagihan kuasa bagi setiap enam bulan. Kuantum rebat atau surcaj hanya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Formula ICPT memberi pengguna sama ada rebat jika harga bahan api itu rendah atau surcaj apabila kosnya naik. Semakan seterusnya akan dibuat bulan depan.

Difahamkan, isu surcaj itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet sebelum ini. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelarasan Tarif Elektrik Di KHTP Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 31 Dis 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Perbezaan Politik Senjata Permusuhan - Anwar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Lagi Subsidi Elektrik, Haji Untuk T20 – PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Semua Negeri, Termasuk Ditadbir PN Bakal Menerima Peruntukan Lebih Tinggi - Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad