Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelarasan Tarif Elektrik Di KHTP Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 31 Dis 2023

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 9:36PM

Melalui pelarasan tarif elektrik itu, semua pengguna domestik (tarif N1) dikecualikan daripada kadar surcaj ICPT dan tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan bersetuju pelarasan tarif elektrik bagi NUR Power Sdn Bhd (NUR) di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang dilaksanakan di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2023 pada 16 Jun lepas.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan melalui pelarasan tarif elektrik itu, semua pengguna domestik (tarif N1) dikecualikan daripada kadar surcaj ICPT dan tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik; serta semua pengguna bukan domestik akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT daripada 8.19 sen/kWj kepada 5.39 sen/kWj.

“Pelarasan ini mengambil kira perbezaan antara kos bahan api dan kos penjanaan elektrik sebenar (bagi tempoh enam bulan) berbanding kos diunjurkan dalam penetapan kadar tarif asas NUR.

“Sebarang perbezaan akan dilepaskan dalam bentuk rebat atau surcaj (sen/kWj) melalui bil elektrik pengguna dan sekiranya kos sebenar melebihi kos yang diunjurkan maka pengguna akan dikenakan surcaj.

“Namun, sekiranya kos sebenar lebih rendah daripada kos yang diunjurkan, maka pengguna akan menerima rebat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan bagi tempoh semakan ICPT dari 1 Jan hingga 30 Jun 2023, ST mendapati kos sebenar bagi bahan api dan kos penjanaan di KHTP adalah lebih tinggi berbanding yang diunjurkan dalam penetapan tarif asas bagi tempoh yang sama melalui tempoh kawal selia kedua (RP2) di bawah kerangka kerja incentivebased regulation (IBR), iaitu sebanyak RM50.21 juta.

“Antara faktor peningkatan kos itu berikutan kenaikan harga purata bahan api gas berpaip sehingga mencecah pada kadar RM34/mmBTU pada Januari hingga Jun 2023 mengikut formula Harga Pasaran Rujukan (RMP) berbanding yang diunjurkan iaitu RM26/mmBTU.

“Penetapan tarif elektrik untuk NUR yang dilaksanakan melalui kerangka kerja IBR ini mempunyai dua komponen utama iaitu tarif asas dan ICPT. Tarif asas tidak berubah dalam tempoh kawal selia IBR yang disemak setiap tiga tahun.

“Namun demikian, kadar ICPT diselaras setiap enam bulan bergantung kepada perubahan kos bahan api bagi penjanaan elektrik,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Perbezaan Politik Senjata Permusuhan - Anwar

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Lagi Subsidi Elektrik, Haji Untuk T20 – PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Elektrik Pengguna Domestik, PKS Dikekalkan – Nik Nazmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenaikan Tarif Elektrik, Kos Buruh Terlalu Membebankan - Persatuan Pengeluar Komponen Automotif

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 25 minit yang lalu

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Pengiktirafan Kerajaan

Semasa 1 hari yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran