Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Jangan 'Membisu' Isu Negara Kekurangan Tenaga Buruh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 8:59PM

MEF amat prihatin dengan kekurangan tenaga buruh negara kerana kesannya akan menimpa semua industri di Malaysia. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) masih belum menerima sebarang maklum balas atau jawapan daripada kerajaan walaupun sudah kerap mencadangkan beberapa langkah jangka pendek bagi menangani kekurangan tenaga buruh.

Antara pelan yang mampu dilaksanakan kerajaan ketika ini antaranya menggunakan khidmat pemegang kad UNHCR dan memudahkan prosedur rekalibrasi pendatang tanpa izin serta beberapa sumber lain.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, Malaysia ketika ini mendapat manfaat besar daripada harga komoditi semasa yang tinggi, sekali gus memberi keuntungan kepada negara.

Dr Syed Hussain Syed Husman
Dr Syed Hussain Syed Husman

Menurut beliau, permintaan untuk produk dihasilkan industri perkilangan turut meningkat, malah ia turut dibantu pemulihan sektor perkhidmatan seperti pelancongan.

“MEF amat bimbang industri kita mungkin tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya permintaan tinggi untuk komoditi, barangan perkilangan dan perkhidmatan ketika ini.

“Perkara ini disebabkan persekitaran perniagaan yang sukar akibat kekurangan pekerja terutamanya pekerja asing. Sedangkan peluang seperti ini tidak berlaku selalu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Syed berkata, pihaknya menyokong kebimbangan dikemukakan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) baru-baru ini, mengenai pelan kerajaan untuk menghantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun dan berpendapat, tumpuan perlu diberikan kepada usaha untuk meningkatkan bekalan tempatan yang mencukupi.

Kerajaan tegasnya, perlu bertindak pantas menangani kekurangan buruh, khususnya tenaga kerja berpengalaman yang mampu merentas semua sektor ekonomi negara.

“MEF amat prihatin dengan kekurangan tenaga buruh negara dan kesannya menimpa semua industri di Malaysia kerana ada syarikat yang telah kehilangan berbilion ringgit hanya disebabkan kelewatan. Kita di bidang perniagaan tidak dapat memahami sebabnya.

''Nampaknya terdapat begitu banyak halangan dalaman yang tidak boleh ditanggung oleh perniagaan. Kami berharap kerajaan akan menyelesaikan semua isu tanpa sebarang kelewatan lagi,” katanya.

Terdahulu, Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, persekutuan itu mengharapkan lebih banyak maklumat mengenai Memorandum Kerjasama (MoC) oleh Kementerian Sumber Manusia dapat dikongsi supaya industri jelas mengenai bagaimana kerjasama itu berfungsi, memandangkan tiada rundingan atau butiran awal disediakan mengenai potensi eksport tenaga mahir ke Jepun.

Menurut Thian Lai, Malaysia telah mengalami masalah penghijrahan tenaga mahir sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan ramai rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

Baru-baru ini, kerajaan menzahirkan hasrat untuk menghantar siswazah mahir tempatan atau pekerja mahir yang layak untuk bekerja di Jepun, di bawah MoC antara Malaysia dan Jepun.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW), Nordin Abdul Malek turut melahirkan pendapat senada dan menggesa kerajaan memberi perhatian terhadap keperluan tenaga kerja mahir dan pakar dalam sektor makanan, khususnya pertanian untuk memastikan rantaian ekosistem agromakanan terjamin.

Bagi merealisasikan matlamat berkenaan, beliau menegaskan, pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran sumber manusia yang dilihat sangat kritikal ketika ini perlu diberikan tumpuan segera dalam menentukan sekuriti makanan negara.

“Kita ingin mencadangkan beberapa langkah berkaitan antaranya, bekerjasama dengan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) untuk menjalankan program keusahawanan berpakej jangka pendek bagi melahirkan usahawan tani terlatih.

"Kerajaan juga boleh membangunkan model latihan pertanian komuniti yang dilihat mampu mengatasi masalah kebergantungan tenaga kerja asing dan penguasaan kartel," katanya.

Pada masa sama, Nordin mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan segera program pemupukan minat dan bakat kemahiran dalam bidang sekuriti makanan di peringkat pra sekolah hingga menengah, sama ada dalam bentuk kurikulum atau kokurikulum.

“Kesemua langkah itu merupakan sebahagian pelan jangka sederhana dan panjang dalam menentukan rantaian ekosistem yang terjamin serta selamat untuk sekuriti makanan negara. Malaysia juga perlu menyediakan tenaga kerja mahir yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam menangani cabaran perubahan iklim dunia, dengan penguasaan ilmu pertanian secara saintifik serta teknikal

“Sebagai institusi yang berpengalaman, IGROW menyokong sebarang usaha kerajaan untuk memastikan sekuriti makanan di Malaysia terjamin, susulan pelbagai cabaran global seperti yang dilaporkan media hasil mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) baru-baru ini,” katanya. - Getaran, 15 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 11 bulan yang lalu

Ahli Ekonomi Berbeza Pendapat Berhubung Pemulihan Ekonomi Global - Laporan WEF

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Majikan Perlu Sedia Struktur Kemajuan Kerjaya Pekerja - MEF

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MEF Sangkal Dakwaan Pekerja Asing Bakal Didera, Kenyataan Itu Tidak Wajar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MEF Gesa Majikan Swasta Beri Tuala Wanita Percuma, Tangani Kemiskinan Haid

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Sukan 5 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad