web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Ekonomi Berbeza Pendapat Berhubung Pemulihan Ekonomi Global - Laporan WEF

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:04AM

Kalangan pakar juga mengunjurkan bahawa dinamik pertumbuhan dan inflasi berbeza mengikut rantau. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kalangan pakar berbeza pendapat mengenai prospek pemulihan ekonomi global, dengan masing-masing hampir seimbang iaitu kira-kira 45 peratus  menjangkakan kemelesetan global berlaku pada tahun ini manakala jumlah yang sama mengunjurkan sebaliknya, demikian menurut laporan terkini Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Laporan Tinjauan Ketua Ahli Ekonomi WEF itu menunjukkan kalangan pakar tersebut juga mengunjurkan bahawa dinamik pertumbuhan dan inflasi berbeza mengikut rantau.

Bagi dasar ekonomi, sebanyak 72 peratus daripada ketua ahli ekonomi itu mengunjurkan dasar perindustrian yang proaktif akan menjadi semakin ketara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Biarpun majoriti tidak melihat gangguan sektor kewangan baru-baru ini sebagai petunjuk kelemahan sistemik, namun aspek kegagalan serta ketidaktentuan bank selanjutnya dianggap sebagai satu kemungkinan pada tahun ini.

“Ekoran kejatuhan bank baru-baru ini dan pergolakan pasaran kewangan, ketua ahli ekonomi menyatakan keyakinan terhadap integriti sistemik pasaran global," kata WEF dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, dua pertiga ketua ahli ekonomi berpendapat kegagalan bank dan gangguan akan berterusan, manakala lebih 80 peratus berkata mereka menjangkakan perniagaan akan sukar untuk mendapatkan pinjaman bank ekoran kriteria ketat yang dikenakan.

“Mereka juga mengetengahkan tentang kesan domino kadar faedah tinggi, terutamanya dalam sektor hartanah, yang mana dua pertiga menjangka kadar tinggi akan menyebabkan gangguan ketara pada 2023 dan 2024,” katanya. 

WEF berkata kebanyakan aktiviti rancak dijangka berlaku di Asia dengan pembukaan semula sempadan China bakal memacu semula ekonomi negara itu dan meransang aktiviti di seluruh rantau. 

Lebih daripada 90 peratus ketua ahli ekonomi menjangkakan sekurang-kurangnya pertumbuhan sederhana di Asia Timur dan Pasifik serta Asia Selatan.  

Mengenai inflasi, WEF berkata, berlaku peningkatan yang ketara di semua rantau dalam nisbah responden yang menjangkakan inflasi tinggi pada 2023 dengan 76 peratus ketua ahli ekonomi menjangkakan kos sara hidup kekal meruncing di banyak negara.

Menurutnya, inflasi keseluruhan telah mula mereda, tetapi inflasi teras masih lagi kekal, bertahan lebih lama daripada yang dijangkakan.

“Dinamik ini amat ketara terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat, yang mana majoriti ketua-ketua ahli ekonomi – masing-masing pada 90 peratus dan 68 peratus, – menjangkakan inflasi yang tinggi atau sangat tinggi tahun ini,” kata laporan itu.

Menurut Pengarah Urusan WEF Saadia Zahidi, edisi terkini Laporan Tinjauan Ketua Ahli Ekonomi itu mengetengahkan ketidaktentuan perkembangan ekonomi semasa.  

“Pasaran buruh terbukti berdaya tahan buat masa ini, tetapi pertumbuhan kekal lembap, ketegangan global semakin meningkat, dan kos sara hidup kekal meruncing di banyak negara.

“Keputusan ini menunjukkan akan keperluan mendesak untuk penyelarasan dasar global jangka pendek serta kerjasama jangka panjang bagi rangka kerja baharu untuk pertumbuhan yang akan menggabungkan keterangkuman, kemampanan dan daya tahan ke dalam dasar ekonomi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ