web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU15 Tidak Lama Lagi? Zambry Jangkakan Perkara Besar Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 7:02PM

Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Secara ‘berseloroh’, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata blok itu sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU).

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai masa sehingga September 2023 untuk mengadakan PRU, Zambry berkata BN sedang bersiap siaga untuk ia diadakan beberapa bulan lagi.

“Kami menjangkakan satu perkara besar tahun ini,” kata bekas Menteri Besar Perak itu dalam pertemuan meja bulat Concorde Club bersama barisan pengarang hari ini.

“Biasanya menjelang penggal terakhir Parlimen, kita sudah mula membuat persediaan termasuk melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada pelaksanaan PRU,” katanya.

Penggal Parlimen akan berakhir pada 15 Julai 2023, dan ia bermakna pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh berkenaan.

Bagaimanapun Zambry berkata, perbincangan sedang diadakan di peringkat BN dan UMNO berhubung kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PRU tahun ini.

“Kami bersedia bila-bila masa sahaja. Kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Kita hanya mempunyai tempoh setahun, jadi saya tak menolak kemungkinan sebarang tarikh,” kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.

Katanya, lima pemimpin kanan UMNO iaitu presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden termasuk Ismail Sabri sendiri telah beberapa kali bertemu bagi berbincang mengenai persediaan pilihan raya.

Sementara itu Zambry menambah, BN perlu mentadbir dengan mandat yang jelas daripada rakyat.

“Tiada kerajaan yang patut memerintah secara tiba-tiba,” katanya, merujuk kepada ketidakstabilan politik sejak dua tahun lalu yang menyaksikan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kita memerlukan kerajaan yang stabil dan berkekalan, khususnya ketika menangani kemelut ekonomi negara,” tambahnya.

Diasaskan oleh penasihat Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai dan bekas Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang, Concorde Club menghimpunkan wartawan dan pengarang untuk berkongsi pandangan mengenai perkara yang bersangkut dengan kepentingan awam. – The Vibes, 15 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad