web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tindakan Susulan Ditentukan Selepas Baka Anjing Serang Wanita Hamil Disah JPV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 7:39PM

Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kajang sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk menentukan baka anjing yang menyerang wanita hamil di parkir sebuah kondominium di Batu 9, Cheras di Kajang, Selangor petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata sehingga kini pihaknya masih belum memperoleh pengesahan baka anjing tersebut daripada JPV.

“Setakat ini, kita masih belum dapat mengesahkan baka haiwan tersebut sama ada ia daripada jenis dibenarkan mahupun tidak.

“Kita masih sedang mendapatkan pihak JPV untuk mengesahkannya,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau berkata, setiap anjing untuk dipelihara perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun pemilik haiwan yang terbabit dalam kes serangan tersebut, tidak mempunyai dokumen berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata, pemilik anjing tersebut akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana tidak mempunyai permit memelihara haiwan itu.

“Memelihara anjing tanpa permit daripada MPKj adalah salah mengikut Undang-Undang Kecil Anjing, Akta Kerajaan Tempatan dengan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000.

“MPKj juga akan menghantar notis kepada pemilik anjing tersebut supaya mendapatkan permit memelihara haiwan itu dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas mengenai baka anjing tersebut, Kamarul Izlan berkata, pihaknya tiada kepakaran untuk menentu dan mengesahkan jenis haiwan itu.

“Berdasarkan prosedur MPKj, jika seseorang pemilik anjing dapat memenuhi semua syarat ditetapkan, kami tiada halangan untuk meluluskan permohonan berkenaan.

“Salah satu daripada prosedur untuk mendapatkan permit memelihara anjing adalah dengan membawa surat kebenaran daripada JPV,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPV berkata, terdapat 12 jenis anjing yang dilarang dibawa masuk ke negara ini.

Jenis tersebut adalah Akita dari Jepun, American Bulldog (Amerika Syarikat), American Pit Bull Terrier (Amerika Syarikat), Canary Dog (Kepulauan Canary), Dogo Argentino (Argentina) dan Fila Brasileiro (Brazil).

Selain itu, Kai Dog (Jepun), Owtcharka (Jerman), Perro de Pastor Mallorquin (Kepulauan Balearic), Russo – European Laika (Russia-Finland), Tibetan Mastiff (Tibet) dan Tosa Inu (Jepun).

“Anjing tersebut dikategorikan sebagai haiwan terlarang kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada orang awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, seorang wanita hamil cedera selepas diserang seekor anjing milik jirannya di parkir sebuah kondominium di Batu 9, Cheras di Kajang.

Ketika kejadian, wanita berusia 35 tahun itu cuba melindungi anak-anaknya daripada diserang anjing berwarna putih terbabit, namun tindakannya menyebabkan dia diserang haiwan berkenaan yang terlepas dari tali dan pengawasan pemiliknya.

Mangsa menerima rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan akibat serangan itu, sebelum ke Animal Bite Clinic, Hospital Serdang memandangkan dia sedang hamil.

Siasatan mendapati seorang wanita berusia 38 tahun yang juga pemilik anjing berkenaan tidak mempunyai lesen sah untuk memelihara haiwan tersebut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, pemilik boleh dipenjara sehingga enam bulan atau dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau dengan kedua-duanya. - Getaran, 13 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad