web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuba Lindungi Anak, Wanita Hamil Cedera Diserang Anjing Jiran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 4:45PM

ACP Mohd Zaid Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita hamil cedera selepas diserang seekor anjing milik jirannya di parkir kenderaan sebuah kondominium di Batu 9, Cheras dekat Kajang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, semasa kejadian wanita berusia 35 tahun itu cuba melindungi anak-anaknya daripada diserang haiwan terbabit.

Katanya, bagaimanapun tindakan tersebut menyebabkan mangsa pula diserang anjing berwarna putih itu yang terlepas dari tali dan pengawasan pemiliknya.

“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan.

“Mangsa juga perlu menerima rawatan susulan di Animal Bite Clinic dekat Hospital Serdang memandangkan dia sedang hamil,” katanya hari ini.

Mohd Zaid berkata, siasatan mendapati seorang wanita berusia 38 tahun yang juga pemilik anjing berkenaan tidak mempunyai lesen sah untuk memelihara haiwan tersebut.

“Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

“Jika disabit kesalahan, pemilik boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau dengan denda tidak melebihi RM 2,000 atau dengan kedua duanya,” katanya.

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai yang ingin memelihara anjing dalam mana-mana premis termasuk rumah persendirian supaya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mohd Zaid menegaskan, pemilik juga perlu memastikan haiwan peliharaan dikawal rapi bagi mengelakkan kejadian seperti itu dapat dielakkan.

“Dalam kejadian ini, jika orang awam atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang  di talian 03-89114222.

“Mereka juga boleh pergi ke mana-mana balai polis atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sarjan Muhammad Fadeli Safii di talian 012-5373134,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek