Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hak OKU Diperlekeh: Akta Tak Salah, Kesedaran Masyarakat Masih Lemah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 11:59AM

Salah satu parkir untuk kemudahan golongan OKU yang disediakan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - Gambar dari laman web MPKj

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesedaran masyarakat di negara ini yang masih kurang untuk menghormati dan memahami hak komuniti orang kurang upaya (OKU), menyebabkan golongan itu sering menjadi mangsa apabila kemudahan disediakan kepada mereka, diguna sewenang-wenangnya individu normal tanpa perasaan bersalah.

Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, tindakan individu normal menggunakan fasiliti OKU bukan sahaja dilihat tidak bertanggungjawab dan membuatkan golongan itu merasa terpinggir, malah menyekat hak serta keistimewaan diberikan kerajaan kepada mereka.

Menurut beliau, tidak seharusnya kemudahan OKU diperlekeh individu normal dengan menggunakannya sesuka hati kerana ia disediakan untuk keperluan mereka, bukan kemewahan.

“Tahap kesedaran awam perlu dipertingkat dan pentingnya untuk pihak berkuasa serta pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) komited memperkasakan aspek ini agar timbul keprihatinan dan tanggungjawab dalam kalangan masyarakat normal untuk membantu OKU. Kita tidak mahu komuniti (OKU) ini dijadikan bahan jenaka dan kerana itu, stigma ini perlu diubah sepenuhnya.

“Sekiranya dipertingkat sebaiknya, barulah boleh menangani isu ini secara komprehensif kerana bukan semua yang buat perangai tak senonoh itu, hanya sebilangan kecil sahaja, namun tindakan mereka ini mencetuskan masalah.

“Jadi, nak bimbing memang makan masa lama dan sukar, tetapi ia boleh dijayakan dengan cara kita perlu bersama-sama meningkatkan tahap kesedaran orang ramai,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Laluan khas yang disediakan untuk golongan OKU di Universiti Putra Malaysia (UPM). - Gambar dari laman web UPM
Laluan khas yang disediakan untuk golongan OKU di Universiti Putra Malaysia (UPM). - Gambar dari laman web UPM

Lantaran itu, Khairil Azmin yang juga Pensyarah Undang-Undang UIAM menegaskan, tiada keperluan untuk Akta OKU ditambah baik kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi melindungi golongan terbabit.

“Undang-undang sedia ada sekurang-kurangnya mencukupi secara asas walaupun dalam isu tertentu, ia boleh diperbaiki. Peraturan yang ada itu kita boleh pastikan OKU dilindungi.

“Boleh dah bergerak dengan undang-undang sedia ada walaupun ia perlu diperhalusi dari semasa ke semasa, memandangkannya sudah memadai sebagai asas untuk kita implementasi kesedaran kepada semua pihak. OKU antara golongan terbesar dalam kalangan komuniti majoriti (orang normal). Sebab itu, jangan pandang rendah kerana ada peruntukan dibuat untuk mereka,” katanya.

Dr Muhammad Fathi Yusof
Dr Muhammad Fathi Yusof

Dalam pada itu, bercakap kepada Getaran, Pensyarah Undang-Undang dan Polisi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof senada bahawa kesedaran masyarakat keseluruhannya adalah kunci utama kepada pembelaan hak OKU

Jelasnya, ia perlu dibina atas dasar kasih sayang sesama manusia dan menjadi satu bentuk amanah serta tanggungjawab harus dipikul.

Muhammad Fathi berkata, keprihatinan mampu dipupuk menerusi kempen kesedaran dan tindakan tegas diambil pihak berkuasa bagi menghukum mereka yang memperlekehkan kepentingan OKU, di samping mampu mendidik serta menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan terhadap golongan berkenaan.

“Ini sikap tidak bertanggungjawab, pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh ambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap OKU, seperti membuka premis perniagaan di kawasan tidak dibenarkan sehingga mengganggu laluan awam dan menyukarkan pergerakan golongan itu, terutama yang berkerusi roda.

“Sikap itu juga menghalang hak pihak tertentu, khususnya OKU yang sepatutnya diberikan keistimewaan untuk mendapatkan akses kepada kemudahan dan laluan diperlukan,” katanya.

Tegasnya, Akta OKU memberikan hak dan menjamin perkara yang dikira hak serta kebajikan asas bagi mereka yang memerlukan dalam kalangan komuniti itu.

Namun, katanya, terdapat undang-undang lain yang sepatutnya diberikan perhatian, khususnya melibatkan kemudahan awam, seperti pejalan kaki.

Menurut Muhammad Fathi, Akta Kerajaan Tempatan diperkenal kerajaan adalah peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepada PBT, justeru tindakan undang-undang perlu digunakan terhadap mereka yang menghalang.

Beliau berkata, undang-undang sedia ada perlu dipratikkan sepenuhnya untuk menjaga kebajikan dan hak OKU, di samping aspek pemantauan harus diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Muhammad Fathi menegaskan bahawa PBT sewajarnya menubuhkan pasukan khas bagi memantau kemudahan disediakan, terutama untuk OKU agar mana-mana individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan fasiliti itu, ditahan dan dikenakan hukuman dengan kadar segera.

“Hak OKU perlu menjadi tanggungjawab kerajaan, pihak swasta dan rakyat yang berteraskan pendidikan, kesihatan komunikasi, teknologi, pekerjaan, pengangkutan serta sikap timbang rasa. Tanggungjawab kerajaan dan penyedia kemudahan adalah melaksanakan peranan sebaiknya.

“Sebarang peruntukan berbentuk melepaskan tanggungjawab berkenaan, seperti terdapat dalam Seksyen 41 Akta OKU, perlu dimansuhkan di mana ia memberi satu bentuk perlindungan terhadap tindakan undang-undang ke atas kerajaan apabila wujud pengabaian atau keingkaran terhadap akta kerajaan,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2022.

Sorotan

1

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

2

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

3

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

4

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

5

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

6

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

Semasa 1 hari yang lalu

Pertuduhan Terhadap Muhyiddin Jelas, Tidak Samar-Samar - Mahkamah Persekutuan

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Simbah Asid Pada Faisal Halim Ditahan

oleh Fida Ruzki