web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19, Kes Aktif Kekal Bawah 15,000 Jadi Petunjuk Positif

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 8:59AM

Kes Kes harian baharu COVID-19 yang terendah dilaporkan sepanjang minggu lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petunjuk positif penularan koronavirus maut COVID-19 semakin terkawal apabila kes harian baharu kekal di bawah 1,500 enam hari berturut-turut sehingga hari ini, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 14,269 kes.

Kes harian baharu COVID-19 yang terendah dilaporkan sepanjang rangkuman mingguan Bernama (20 Mac-26 Mac 2021) adalah pada 22 Mac iaitu 1,116 kes.

Rekod kes harian baharu koronavirus maut ini yang paling rendah dicatat untuk tahun 2021 adalah pada 16 Mac iaitu 1,063 kes.

Sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat 26 Mac 2021, kes harian baharu COVID-19 adalah sebanyak 1,275 kes dan menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 1,243 kes adalah penularan tempatan, melibatkan 978 warganegara (78.7 peratus) dan 265 (21.3 peratus) bukan warganegara.

Kes import yang tinggi dilaporkan hari ini iaitu 32 kes berbanding hanya 1 kes (25 Mac), lima kes (24 Mac), 9 kes (23 Mac), 8 kes (22 Mac), 11 kes (21 Mac) dan 2 kes (20 Mac).

Rekod harian baharu sepanjang tempoh rangkuman Bernama 20 Mac hingga 26 Mac 2021 adalah seperti berikut:-

1,671 kes (20 Mac), 1,327 kes (21 Mac), 1,116 kes (22 Mac), 1,384  kes (23 Mac), 1,268 kes (24 Mac), 1,360 kes (25 Mac) dan 1,275 (26 Mac).

Sehingga hari ini (26 Mac 2021), jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 339,443 kes.

Dengan rekod 339,443 kes, Malaysia kekal di tangga 45 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia adalah Panama (352,579 kes), Slovakia (355,454 kes) dan  Arab Saudi (386,782 kes).

Jumlah kes sembuh setakat 26 Mac 2021 adalah 1,509 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini 323,925 kes (95.4 peratus).

Rekod kes sembuh harian sepanjang rangkuman mingguan 20 Mac hingga 26 Mac 2021:-

1,585 kes ( 20 Mac ), 1,247 kes ( 21 Mac ),  1,495 kes ( 22 Mac ),  1,058 kes ( 23 Mac ), 1,083 kes (  24 Mac), 1,491 kes (25 Mac) dan 1,509 kes (26 Mac).

Untuk rekod, kes harian baharu 13 Mac hingga 19 Mac 2021:-  1,470 kes  (13 Mac),  1,354 kes (14 Mac ),  1,208 kes ( 15 Mac),  1,063 kes  (16 Mac),  1,219   kes ( 17 Mac), 1,213 kes ( 18 Mac) dan 1,576 kes (19 Mac).

Kes harian baharu 6 Mac hingga 12 Mac 2021:- 1,680 kes (6 Mac), 1,683 kes (7 Mac ), 1,529 kes ( 8 Mac), 1,280 kes  ( 9 Mac), 1,448 kes ( 10 Mac), 1647 kes ( 11 Mac) dan 1,575 (12 Mac). - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran