web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Individu Disyaki Terlibat Kumpulan Pengganas Ditahan - KPN

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 8:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam individu disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada 6 dan 7 Jan lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga Indonesia.

Beliau berkata semasa operasi yang dijalankan Cawangan Khas Bukit Aman, polis turut merampas dua helai bendera kumpulan Daesh, sebilah parang dan pisau.

"Kesemua mereka yang ditahan merupakan anggota Anshorullah At Tauhid, sel Daesh yang ditubuhkan pada Oktober tahun 2019 bertujuan mempromosikan ideologi Salafi Jihadi dengan merekrut anggota-anggota baru dan melancarkan serangan di Malaysia.

"Siasatan PDRM mendapati tiga daripada individu yang ditahan telah mengeluarkan ancaman bunuh kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri kabinetnya kerana mengamalkan kerajaan Thoghut," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Abdul Hamid berkata mereka juga merancang untuk melancarkan serangan ke atas pusat perjudian di Genting Highlands, Pahang dan kilang arak di sekitar Lembah Klang.

"Merujuk kepada ancaman berkenaan, ia merupakan hasrat yang sering dikeluarkan oleh hampir kesemua suspek pengganas dan kumpulan pro-Daesh yang ditahan Cawangan Khas.

"PDRM sentiasa menilai ancaman bunuh seperti ini dan hasil siasatan PDRM menunjukkan tiada sebarang perancangan atau persediaan dibuat oleh mereka untuk melaksanakan ugutan berkenaan," katanya.

Beliau berkata keenam-enam individu yang mengeluarkan ancaman berkenaan disiasat di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu  mempunyai milik, jagaan atau kawalan  bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad