web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Harus Kongsi Data Risiko Banjir Bantu Rakyat Lebih Bersedia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 9:12PM

Data tersebut pastinya berguna supaya masyarakat dapat membuat penilaian sendiri terhadap bahaya dihadapi mereka jika menetap di sesuatu kawasan berisiko bencana. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti manusia seperti pembangunan secara serentak tanpa kajian menyeluruh antara faktor yang menyumbang kepada banjir kilat di pusat bandar, kata Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd Rasid Jaapar.

Menurut beliau, pelbagai faktor boleh menyebabkan sesuatu kawasan dilanda bencana itu, terutama pembangunan pesat seperti yang berlaku di ibu negara ketika ini.

Katanya, ketika Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) mula beroperasi, banjir kilat jarang berlaku disebabkan keberkesanan projek.

“Bagaimanapun, kini kejadian banjir kilat hampir setiap bulan dilaporkan apabila hujan lebat melanda di sesuatu kawasan, terutama di ibu negara.

“Senario itu berlaku adalah disebabkan aktiviti pembangunan secara serentak tanpa melibatkan pihak berkepentingan, khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mendapatkan pandangan dan kebenaran sebelum sesuatu projek dimulakan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk melaksanakan projek tebatan, namun banjir kilat tetap berlaku.

“Alam ini sentiasa berkembang. Jika wujud sesuatu bangunan di kawasan tertentu, terutama berhampiran sungai, ia menyebabkan perubahan cuaca yang akan memberi kesan, seperti banjir.

“Kerajaan perlu melihat perkara ini secara holistik dengan melibatkan banyak pihak supaya pelaksanaan sesuatu projek tidak memberikan impak buruk kepada penduduk sekitar kawasan tersebut,” katanya.

Selain itu, Abd Rasid turut menggesa kerajaan supaya berkongsikan data ‘flood hazard map’ kepada rakyat supaya penduduk di kawasan ‘hotspot’ banjir, boleh mempersiapkan diri untuk mengambil langkah selamat setiap kali dilanda hujan lebat.

Menurut beliau, data tersebut pastinya berguna kepada masyarakat supaya dapat membuat penilaian sendiri terhadap bahaya dihadapi mereka jika menetap di sesuatu kawasan berisiko bencana.

“Saya pasti kerajaan tentunya ada data mengenai kawasan berisiko dilanda bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Data itu perlu dikongsikan kepada rakyat.

“Berdasarkan data tersebut juga, seseorang individu itu boleh membuat keputusan, contohnya tidak membeli rumah di kawasan berisiko dilanda bencana alam,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PADU: Data Dikawal Selia Akta Sedia Ada, Tak Perlu Gusar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kebocoran Maklumat Tanpa Nama, Adakah SPRM Ada Motif Tersembunyi? – Wan Saiful

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Subsidi Golongan Sasar Perlu Penelitian Tuntas, Jangan Ada Yang Tertinggal

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran