web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 1:45PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang sedang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD/MYR yang salah diterbitkan oleh Google pada 15 Mac 2024.

"Maklumat ini tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar," menurut BNM dalam kenyataan.

Bank pusat menjelaskan pada Jumaat 15 Mac 2024 kadar pertukaran USD/MYR berada pada 4.7015 pada jam 9 pagi, dan 4.7045 pada jam 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

"Sepanjang dua minggu lalu (1-15 Mac 2024), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 0.76 peratus berbanding dengan dolar AS," tambahnya.

BNM memaklumkan bahawa insiden itu adalah kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat pada 2024.

Bank pusat itu telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama terjadi pada 6 Februari 2024, tambahnya.

"Susulan insiden salah lapor yang kedua ini, BNM akan menghubungi Google sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan tentang punca pelaporan yang tidak tepat ini berlaku dan langkah-langkah pembetulan yang dibuat memandangkan isu yang berulang ini telah menjejaskan Malaysia dan banyak negara lain sejak beberapa bulan yang lalu," tegas BNM.

Bank pusat menasihatkan orang ramai supaya merujuk data rasmi, termasuk data daripada BNM.

Orang ramai juga perlu mengelak daripada menggunakan, menyebarkan atau membuat spekulasi berhubung dengan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan bagi ringgit, jelasnya.

"Kadar pertukaran mata wang asing ialah data sensitif bagi pasaran serta sebarang pelaporan tidak tepat dan penyebaran data yang tidak disahkan boleh menyebabkan kesan serius ke atas pasaran kewangan," tambah BNM.

Ringgit rendah berbanding dolar AS semasa mengakhiri dagangan minggu ini, begitu juga dengan prestasi mata wang serantau, berikutan data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 6 petang Jumaat, ringgit susut kepada 4.7050/7095 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 ketika ditutup pada Khamis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Merekodkan 11.5 Bilion Transaksi E-Pembayaran Pada 2023

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

BNM Fokus Tingkatkan Kekukuhan Ekosistem Kewangan Islam Tahun Ini

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

BNM Pastikan Pendirian Dasar Monetari Kekal Kondusif Untuk Pertumbuhan Mampan Ekonomi Negara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM