Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BNM Fokus Tingkatkan Kekukuhan Ekosistem Kewangan Islam Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 12:33PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menjadikan 2024 sebagai keutamaan untuk meningkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam Malaysia susulan manfaatnya, termasuk potensi besar dalam menyokong transformasi ekonomi negara.

Sehubungan itu, BNM menerusi Laporan Tahunan 2023 yang dikeluarkan hari ini berkata, pihaknya akan terus menumpukan tiga bidang yang menjadi usaha menyediakan penyelesaian berkesan untuk menangani keperluan ekonomi serta masyarakat pada masa ini dan di masa depan.

Tiga aspek itu adalah menggalakkan inovasi kewangan berasaskan nilai yang menerapkan nilai asas Syariah, menyediakan persekitaran pengawalseliaan dan Syariah yang lebih kondusif bagi mempercepat perkembangan pasaran serta memperkukuh tawaran nilai Malaysia secara berterusan untuk memanfaatkan peluang global dan memperdalam pasaran kewangan Islam domestik.

Sambil menyifatkan sistem kewangan Islam negara kini terus matang, BNM berkata, ini juga penting bagi menyediakan penyelesaian berkesan untuk menangani keperluan ekonomi serta masyarakat pada masa ini dan di masa depan.

"Pada 2023, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan peranan dan sumbangan kewangan Islam dalam menyokong pembangunan sosioekonomi di Malaysia, termasuk kerjasama BNM dengan industri kewangan Islam untuk meningkatkan penggunaan kewangan berasaskan nilai bagi memenuhi keperluan kewangan pengguna dan perniagaan.

"Inisiatif yang khusus telah dilaksanakan untuk menggalakkan penyelesaian inovatif melalui projek rintis yang diterajui industri dan memudahkan pengawalseliaan kewangan. 

"BNM juga terus melaksanakan strategi ke arah memajukan Malaysia sebagai gerbang antarabangsa untuk kewangan Islam, termasuk memperdalam pasaran kewangan Islam Malaysia dan mengeratkan hubungan antarabangsa," kata bank pusat itu.

Selain itu, industri perbankan Islam dan takaful juga terus berkembang pada 2023 yang menyaksikan bahagian industri perbankan Islam daripada jumlah pembiayaan sistem kewangan meningkat kepada 45.6 peratus daripada 44.5 peratus pada 2022.

Bahagian industri takaful daripada jumlah caruman bersih turut meningkat daripada 23 peratus pada 2022 kepada 23.4 peratus pada tahun lalu.

"Institusi perbankan Islam dan takaful juga kekal berdaya tahan dan mempunyai tahap modal kukuh. Kedudukan ini membolehkan industri kewangan Islam untuk terus menyokong keperluan pembiayaan para peniaga termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta isi rumah, selain memberikan perlindungan kewangan," katanya.

Menurut laporan itu, sepertimana digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, inisiatif utama diambil bagi menggalakkan rangkuman, kemampanan dan kesan sosial positif telah membolehkan BNM memudah cara pelaksanaan projek perintis Akaun Pelaburan dan melancarkan myWakaf 2.0 bagi menggembleng wakaf tunai dengan lebih cekap ke arah pemerkasaan komuniti dan ekonomi.

Turut dilaksanakan adalah peluasan CAKNA, satu kemudahan pendanaan bukan hutang, termasuk pemantapan operasi untuk menyalurkan bantuan yang berkesan kepada vendor PKS.

Pada tahun lalu juga, rangka kerja Syariah dan Penggerak Ekosistem yang kondusif telah menyaksikan Majlis Penasihat Syariah (MPS) terus memainkan peranan dalam pembangunan kewangan Islam di Malaysia seperti menangani pelbagai isu berkaitan pada 2023.

Ini seperti memberi kejelasan mengenai kebolehizinan beberapa transaksi dan pengaturan kewangan Islam yang baharu, sekali gus membantu menjamin kepastian serta menggalakkan inovasi berterusan dalam pembangunan penyelesaian pembiayaan Islam.

"BNM juga telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama untuk membangunkan strategi bagi memperkukuh ekosistem tenaga mahir dalam bidang Syariah, satu strategi bertujuan meluaskan kumpulan tenaga mahir dan mengukuhkan barisan pelapis MPS dan jawatankuasa Syariah," katanya.

Dalam pada itu, BNM berkata, Malaysia terus diiktiraf sebagai antara pasaran utama dalam kewangan Islam pada peringkat global.

Pada tahun lalu misalnya, bank pusat itu bertindak meneruskan usaha memperdalam pasaran kewangan Islam dan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam aspek itu menumpukan usaha membangunkan pasaran pembiayaan bercagar dan pasaran derivatif.

Malah, sejajar dengan kedudukannya yang menjadi sebahagian daripada komuniti kewangan Islam global, BNM terus menyertai forum antarabangsa dan serantau serta memupuk kepimpinan industri melalui agenda Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

"Ini termasuk meningkatkan daya saing industri kewangan Islam Malaysia, memperdalam hubungan kewangan dan menghasilkan inovasi kewangan Islam yang lebih berkesan," katanya. -
BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Malaysia Merekodkan 11.5 Bilion Transaksi E-Pembayaran Pada 2023

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

BNM Pastikan Pendirian Dasar Monetari Kekal Kondusif Untuk Pertumbuhan Mampan Ekonomi Negara

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

4

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Dakwaan Luluskan, Lesenkan Aktiviti Quantum Metal Tak Benar - BNM

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 12 jam yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

oleh Sophia Ahmad