Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BNM Pastikan Pendirian Dasar Monetari Kekal Kondusif Untuk Pertumbuhan Mampan Ekonomi Negara

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Mar 2024 12:05PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi dalam negara yang mampan bagi jangka masa panjang dalam keadaan harga yang stabil.

Menerusi Laporan Tahunan 2023 yang dikeluarkan pada Rabu, BNM menekankan bahawa operasi pertukaran asing dan monetari juga akan terus memastikan mudah tunai mencukupi dalam pasaran pertukaran asing, wang dan bon kerajaan.

"Kesemua ini akan melengkapkan dasar BNM lain bagi memastikan pasaran kewangan domestik dan pengantaraan kewangan berfungsi dengan lancar.

"BNM komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan mengenai langkah-langkah dasar yang berkaitan, terutamanya pembaharuan struktur," tambahnya.

Menurut bank pusat usaha itu bukan sahaja akan menangani cabaran ekonomi pada masa terdekat, malah turut meningkatkan daya tahan ekonomi Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

Selain itu, BNM menjelaskan selepas empat kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) berturut-turut pada 2022, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada 2.75 peratus pada mesyuarat Januari dan Mac 2023.

Keputusan itu membolehkan MPC mengkaji semula kesan kumulatif kenaikan OPR pada 2022 terhadap ekonomi Malaysia kerana perubahan dasar monetari mengambil masa untuk mempengaruhi aktiviti ekonomi sepenuhnya, tambah BNM.

BNM memaklumkan bahawa penilaian menunjukkan tiada tanda-tanda berlaku pengetatan berlebihan dalam ekonomi, sebaliknya, ekonomi dalam negara terus berkembang, dengan pengangguran menurun dan peningkatan perbelanjaan isi rumah berterusan.

Justeru, dengan mengambil kira semua perkembangan itu dan prospek pertumbuhan dalam negara yang berdaya tahan pada 2023, MPC memutuskan mengembalikan lagi OPR ke paras wajar, dengan meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Mei, jelas BNM.

"Oleh itu, OPR telah kembali ke paras sebelum pandemik iaitu 3.00 peratus dan melalui tindakan itu, MPC telah mengakhiri sepenuhnya rangsangan dasar monetari yang diberikan semasa krisis COVID-19 untuk menyokong pemulihan ekonomi," menurutnya.

Bagi kadar pertukaran ringgit pada 2023, BNM terus mengadakan perbincangan dan interaksi dengan pelabur dan syarikat besar, termasuk pengeksport berhubung aktiviti pertukaran asing mereka.

BNM turut memantau rapi pertukaran hasil eksport kepada ringgit oleh pengeksport tempatan besar, tambahnya.

"Baru-baru ini, kerajaan dan BNM juga telah mengambil langkah-langkah yang terselaras untuk menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan untuk membawa balik dan menukarkan pendapatan pelaburan asing yang diperoleh kepada ringgit dengan lebih konsisten.

"Langkah-langkah ini secara kolektif akan menyumbang kepada aliran masuk yang lebih besar dan berterusan lantas memberikan sokongan untuk nilai ringgit yang lebih kukuh," jelas BNM.

Sementara itu, BNM juga memaklumkan analisis ekonomi dan penyelidikan dasar BNM pada 2023 memberikan tumpuan pada penilaian daya tahan ekonomi Malaysia terutama dalam keadaan cabaran luaran serta memahami dengan lebih lanjut pendorong inflasi dalam negara.

"Melalui analisis senario, BNM menilai bagaimana kekukuhan pemulihan ekonomi China boleh memberikan kesan pada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berikutan hubungan perdagangan yang rapat.

"Dari segi inflasi, BNM mengkaji dengan lebih mendalam sama ada perubahan harga di Malaysia didorong oleh faktor seluruh ekonomi atau faktor khusus mengikut sektor, serta pendekatan yang berbeza untuk mengukur inflasi asas," tambahnya.

Menurut bank pusat sepanjang 2023, BNM terus memantau dengan teliti kesan perubahan OPR sebelum ini terhadap ekonomi yang lebih luas, di mana BNM memantau dengan teliti tanda-tanda pengetatan yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dalam negeri.

BNM turut menyumbang kepada pembentukan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang diluluskan oleh Dewan Negara pada November 2023, jelasnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Malaysia Merekodkan 11.5 Bilion Transaksi E-Pembayaran Pada 2023

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

BNM Fokus Tingkatkan Kekukuhan Ekosistem Kewangan Islam Tahun Ini

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

4

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Dakwaan Luluskan, Lesenkan Aktiviti Quantum Metal Tak Benar - BNM

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi โ€“ Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 17 jam yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

oleh Sophia Ahmad