web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Bantu Kawan, Lelaki Ditahan Sogok Pegawai Kerajaan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 6:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Gara-gara cuba menyogok seorang pegawai kerajaan, seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini, semalam.

Insiden terbabit berlaku apabila tertuduh cuba meminta pegawai terbabit meringankan hukuman individu lain, yang didakwa melakukan kesalahan menyimpan haiwan dilindungi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek, 50-an, yang bekerja sendiri ditahan selepas didakwa cuba memberi sogokan wang berjumlah RM5,000.

Terdahulu, seorang kenalan suspek ditahan pihak berkuasa selepas didakwa menyimpan pelbagai jenis haiwan dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 1997, tanpa kebenaran.

Menurut sumber, antara haiwan dilindungi dalam simpanan yang berjaya ditemui adalah beruang madu, burung punai, landak, helang, ular sawa, burung tiong dan babi hutan, dikatakan bagi tujuan perubatan.

Justeru, kenalan suspek dijangka dikenakan beberapa pertuduhan mengikut jumlah haiwan yang disimpan.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan hari ini, dengan jaminan sebanyak RM8,000 dengan dua orang penjamin tempatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009," katanya. – Getaran, 26 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 6 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran