web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengemis Palauh Ditahan Diserah Ke JKM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 6:28PM

Kumpulan Palauh yang ditahan atas kesalahan gagal mematuhi SOP PKP diserahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lahad Datu - Sembilan wanita Palauh yang ditahan polis atas kesalahan mengemis, dua minggu lalu, diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, turut diserahkan ialah 25 kanak-kanak yang ditahan bersama komuniti itu di dua lokasi sekitar daerah ini.

"Semua kumpulan pengemis itu ditahan selama 12 hari bermula 13 Mac lalu, bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

"Kertas siasatan kes ini telah diserahkan ke kamar Peguam Negara, Negeri Sabah dan mengarahkan agar semua tangkapan termasuk kanak-kanak itu diserahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Getaran.

Rohan memberitahu, proses penyerahan semua tahanan terdiri dari sembilan wanita dewasa, 10 kanak-kanak lelaki dan 15 kanak-kanak perempuan itu diserahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam perkembangan berlainan Rohan menjelaskan, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 31 tahun selepas dipercayai positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

"Terdahulu, suspek datang ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu dan mengaku sebagai penjaga tiga kanak-kanak Palauh yang ditahan pada 13 Mac lalu.

"Hasil siasatan lanjut mendapati, lelaki berketurunan Palauh dan mempunyai dokumen pengenalan diri itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan penyalahgunaan dadah," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya sekali lagi melakukan ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan sebelum didapati positif dadah.

Menurut Rohan, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sebelum ini, Getaran melaporkan seramai sembilan wanita berketurunan Palauh bakal berdepan hukuman denda RM10,000 selepas didakwa ingkar SOP di persimpangan lampu isyarat berhadapan Kedai D.I.Y dan Bandar Sri Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, semua wanita berkenaan berusia antara 17 hingga 41 tahun ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis tanpa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial. – Getaran, 26 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 12 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad