Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Salah Kembalikan GST, Tapi… 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 4:22PM

MBM mencadangkan supaya kerajaan memperbanyakkan program subsidi bersasar apabila GST diperkenalkan semula. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan boleh mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya berhasrat berbuat demikian, tetapi sistem percukaian itu perlu ditetapkan pada kadar tiga peratus.

Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed berkata, ia adalah kadar terbaik ketika ini dan sebagai antara cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi serta kos sara hidup rakyat.

Katanya, GST mampu mengembangkan pendapatan asas negara, selain membantu kebajikan rakyat, khususnya golongan belia.

Beliau berkata, GST mampu membantu belia dalam pelbagai perkara dan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

Malah, tegasnya, GST boleh mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

“Kutipan hasil GST boleh dikembalikan kepada B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar, berbanding dengan nilai GST dibayar rakyat.

“Sistem percukaian efektif perlu dilihat kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dan memberi fokus dalam memastikan setiap isi rumah mendapat manfaat daripada bantuan diberikan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi MBM berkata, pihaknya turut mencadangkan kerajaan memperbanyakkan program subsidi bersasar, antaranya menetapkan harga petrol jenis RON95 pada kadar RM1.85 per liter apabila GST diperkenalkan semula.

Kutipan hasil GST boleh dikembalikan kepada B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat. - Gambar AFP
Kutipan hasil GST boleh dikembalikan kepada B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat. - Gambar AFP

Jelas Syed Osman, kerajaan juga perlu mengecualikan cukai jalan bagi semua jenis kenderaan 2000cc ke bawah, selain melaksanakan program subsidi untuk mengurangkan harga tol dalam bandar dan lebuh raya PLUS.

“Selain itu, berikan diskaun atau pengecualian pinjaman pendidikan, seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dan CGPA 3.5 ke atas.

“Manakala, bawah 4.0 mendapat 50 peratus potongan pinjaman, 3.0 dan 3.5 ke atas mendapat 30 peratus potongan pinjaman,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata,  dengan adanya GST, kerajaan dijangka mendapat hasil hampir RM20 bilion setahun, berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Apapun, jelasnya, rakyat perlu berfikir dan sedar bahawa kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan pada masa ini, di samping tanggapan beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang mula memainkan sentimen politik sempit bagi meraih sokongan untuk mewujudkan persepsi negatif mengenai GST.

Semua pihak jelas Syed Osman, perlu meyakinkan rakyat mengenai kelebihan dan kebaikan pelaksanaan GST.

Menurutnya, rakyat perlu membantu kerajaan dalam memastikan negara terus berdaya saing, mengukuhkan ekonomi dan kembali meringankan beban mereka.

“MBM percaya dengan adanya GST, ia mampu menstabilkan ekonomi negara dan kerajaan boleh mengusahakan program rasionalisasi subsidi bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah serta menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan lain-lain.

“Inilah masa kita tampil ke hadapan membantu kerajaan demi negara tercinta,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2022

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok

Semasa 2 jam yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi