web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Aziz Dilantik Pengerusi PPZ-MAIWP Baharu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 7:58PM

Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) berkuat kuasa semalam hingga 10 Februari 2024.

PPZ-MAIWP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Abdul Aziz, 76, adalah bagi menggantikan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang tamat perkhidmatan pada 31 Mei lepas.

“Ahli Lembaga Pengarah, barisan Pengurusan dan warga kerja PPZ-MAIWP mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau dan yakin dengan pengetahuan dan pengalaman luas yang dimiliki beliau mampu memacu dan memimpin PPZ-MAIWP untuk menjadi sebuah institusi zakat unggul di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (B.Com) di University of New South Wales, Sydney, Australia, beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Sains Pembangunan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sosiologi Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain Ahli Lembaga Pengarah MAIWP, Abdul Aziz ketika ini turut menyandang beberapa jawatan lain termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Profesor Adjung Fakulti Pendidikan UKM.

Anak kelahiran Pahang itu juga merupakan ahli Akauntan Bertauliah Malaysia dari Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Akan Pengerusikan Mesyuarat Berkala Persiapan Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Peguam Negara, Idrus Harun Dilantik Pengerusi Amanah Raya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam