web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemansuhan PT3 Disambut Baik, Pendidikan Tidak Lagi Terikat Peperiksaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 7:49PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) oleh kerajaan hari ini dilihat selaras dengan misi menjadikan pendidikan negara tidak lagi berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, ibu bapa atau penjaga tidak perlu bimbang dengan keputusan tersebut kerana penilaian terhadap pelajar masih tetap dilakukan, termasuk menerusi siri soalan yang akan disediakan Kementerian Pendidikan.

“Jadi maknanya, pelajar-pelajar ini akan dinilai pencapaiannya setiap tahun. Bukan maknanya dimansuhkan itu, seolah-olah pelajar tidak ada peperiksaan atau penilaian langsung.

“Dengan adanya penilaian tahunan itu, pelajar-pelajar nanti akan sentiasa mengikuti pembelajaran mereka. Kalau kita hadkan, misalnya dahulu ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk darjah enam, seolah-olah pelajar darjah lain tidak mengambil berat dan mereka (hanya) menunggu peperiksaan besar itu,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Menurut beliau, penilaian tahunan itu secara tidak langsung mendorong pelajar untuk sentiasa mengutamakan pelajaran kerana perlu sentiasa bersedia.

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan PT3 dimansuhkan mulai tahun ini dan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia merangkumi tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, pastinya banyak sesi pertemuan diadakan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan sebelum pengumuman pemansuhan tersebut dibuat.

Beliau menambah, barisan negara maju seperti England dan beberapa negara lain di Eropah tidak lagi mewajibkan peperiksaan.

Ditanya sama ada pelajar bersedia dengan pemansuhan tersebut, Alimuddin berpendapat, golongan pelajar terlibat tidak mempunyai masalah kerana mereka akan tetap dinilai pada akhir tahun.

“Jadi tidak perlulah mereka berasa bimbang kerana yang penting penilaian itu untuk mengetahui sejauh mana kefahaman mereka dalam bidang pendidikan.

“Misalnya, dalam matematik itu kalau dia boleh dapat A maknanya dia boleh memahami konsep-konsep. Begitu juga mata pelajaran lain. Jadi penilaian berkenaan tidak terlepas dalam pembelajaran itu,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan ‘MyKid’ Dimansuhkan Tak Benar, JPN Berusaha Atasi Masalah Pengeluaran

2

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Pelaksanaan Semula UPSR, PT3: Ini Penjelasan KPM…

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Tak Rancang Mansuh Hutang PTPTN, Tetapi… - Khaled

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad