web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tak Rancang Mansuh Hutang PTPTN, Tetapi… - Khaled

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 3:22PM

Khaled Nordin berkata, meskipun tidak bercadang menghapuskan hutang itu, kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada peminjam PTPTN serta kemudahan membayar balik pinjaman - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menegaskan kerajaan tiada perancangan untuk memansuhkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40, setakat ini.

Beliau berkata, meskipun tidak bercadang menghapuskan hutang itu, kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian kepada peminjam PTPTN serta kemudahan membayar balik pinjaman.

“Sehingga kini, terdapat pelbagai cara dan inisiatif dilakukan dalam usaha memudahkan peminjam daripada golongan itu.

“Antaranya penangguhan bayaran balik jika menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan dan penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan,” katanya pada Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang ingin mengetahui bilakah Program Pemansuhan Hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan mula diperkenalkan.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), turut meminta Khaled menyatakan jumlah penerima inisiatif terbabit.

Khaled berkata, kaedah lain dilaksanakan untuk mengurangkan bebanan peminjam adalah pemberian diskaun bayaran balik jika ia dilunaskan secara sekali gus dengan penuh.

Ujarnya, bayaran balik itu juga hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian.

Kelebihan itu, katanya, bagi memberi ruang kepada peminjam membuat persediaan sewajarnya dan memperoleh pendapatan stabil sebelum memulakan bayaran balik. – Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pelbagai Tawaran Sempena Hari Mesra Pelanggan, Kempen Jom Bayar PTPTN

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayar Balik PTPTN Ikut ICL Praktikal, Tidak Bebankan Peminjam - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Cadangan Teruskan Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN Dalam Belanjawan 2024 - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam