Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Jemaah Menteri Perlu Sokong PM Kembalikan Legasi Bahasa Melayu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 12:10PM

Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tokoh ilmuan negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong membidas kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz yang menyifatkan keghairahan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu di pentas dunia sebagai idea terkebelakang.

Menurut beliau, kenyataan itu tidak berasas sama sekali kerana banyak negara lain sudah menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam urusan antarabangsa sejak zaman-berzaman.

“Bagi saya (kenyataan Rafidah) tak betullah. Sebagai contoh, China sekarang begitu maju sekali. Dahulu sampai sekarang pun menggunakan bahasa Mandarin, mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris.  

“Kita dapat lihat banyak negara di dunia ini maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris. Mereka menggunakan bahasa sendiri seperti China, Jepun, Korea dan Indonesia,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Malah katanya, negara jiran, Indonesia juga sudah mendahului Malaysia dari segi ekonomi walaupun mereka menggunakan bahasa Indonesia dalam urusan kenegaraan mereka.

“Indonesia mulai 1928 dan saat mencapai kemerdekaan pada1945, mereka membina legasi bahasa Melayu itu dan ianya begitu kuat sekarang.

“Sekarang dah dekat 100 tahun dah legasi mereka, bukan sahaja mereka fasih berbahasa Indonesia, tetapi mereka bangga, sayang serta setia terhadap bahasa ibunda mereka,” katanya.

Namun, beliau berkata, keadaan itu berbeza di Malaysia apabila legasi bahasa Melayu yang dibina selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957 ‘diruntuhkan’ pemimpin sebelum ini.

“Sebagai contoh, penggunaan bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di sekolah.

“Malah kereta nasional dulu kita beri nama Melayu seperti Proton Saga, Wira dan Perdana, manakala Perodua pula ada Kancil, Kembara serta Kelisa. Tapi sekarang namanya dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing,” katanya.

Justeru, Kok Seong berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi di luar negara amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membina semula legasi bahasa tersebut yang ‘diruntuhkan’ sebelum ini.

“Jadi kita perlu membina semula legasi tersebut dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan memperlihatkan ada keazaman politik (political will) ke arah itu.

“Dulu memang cakap sajalah tapi tindakan tak seberapa. Tapi sekarang cakap dan ada tindakan. Malah beliau sendiri menggunakan bahasa Melayu semasa urusan di luar negara,” katanya.

Beliau berkata, usaha tersebut bagaimanapun dilihat tidak mendapat sokongan sepenuhnya dalam kalangan jemaah menteri.

“Kita hanya dengar Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menulis surat rasmi kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dalam bahasa kebangsaan.  

“Kita tak pernah dengar daripada menteri lain. Khairy Jamaluddin sepatutnya mengikut langkah itu semasa Persidangan Kesihatan Sedunia (WHO), tetapi tidak berbuat demikian,” katanya.

Tegasnya yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), usaha tersebut sepatutnya mendapat sokongan penuh jemaah menteri dan dijadikan sebagai agenda negara.

“Maknanya jemaah menteri mesti menganggap apa dilakukan Perdana Menteri mengenai bahasa Melayu sekarang itu sebagai agenda negara, bukan agenda peribadi beliau.

“Sokongan dan tindakan daripada jemaah menteri lain amat penting untuk merealisasikan agenda negara, selain mengembangkan bahasa kebangsaan di luar tanah watannya,” katanya.

Sementara itu, sasterawan, Profesor Madya Dr Lim Swee Tin, menyokong tindakan proaktif Ismail Sabri memperjuangkan bahasa Melayu demi negara.

Namun katanya, tindakan memartabatkan bahasa Melayu tidak mudah dan memerlukan usaha secara berterusan daripada semua pihak.

“Dalam perjuangan berkaitan soal bahasa, tidak timbul soal keterbelakang atau tidak. Ia soal Prakarsa yang berterusan.

“Saya nampak bahawa Perdana Menteri menyedari adanya keperluan dan kepentingan bahasa Melayu tatkala beliau di tampuk kuasa,” katanya.

Malah, beliau turut melihat Ismail Sabri bukan sahaja berjuang memartabatkan bahasa Melayu, tetapi juga mencari titik permulaan baharu bagi mengukuhkan semula legasi bahasa berkenaan.

“Jika dikatakan sudah keterbelakang apakah upaya kita kembali ke masa lalu? Saya melihat adanya permulaan yang baharu sebagai kesinambungan kepada permulaan terdahulu.

“Kali ini Perdana Menteri turut didukung banyak tokoh, ahli bahasa dan pejuang di belakang beliau. Kita juga sudah tentu cukup ahli pemikir untuk mencari kaedah terbaik bagi mengembangkan bahasa kita ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, Rafidah membidas tindakan kerajaan berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam, termasuk membabitkan urusan rasmi di peringkat antarabangsa.

Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, kerajaan sepatutnya meningkatkan tahap kemahiran kakitangan awam dalam penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa lain yang berkaitan. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

3

Pendidikan 11 bulan yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Martabat Bahasa Melayu: Undang-Undang Malaysia Perlukan Bahasa Inggeris, Tapi Boleh Diterjemah

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Semasa 16 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman