web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Vaksin Kanak-Kanak Bergantung Keputusan Klinik Swasta - Timbalan Menteri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 8:57PM

Dr Noor Azmi berkata penetapan harga vaksin tersebut tidak berada di bawah kawalan kerajaan. - Gambar oleh Abdul Razak Laitif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penetapan harga vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun ke atas selepas ini bergantung kepada keputusan dibuat fasiliti swasta.

Serentak dengan berakhirnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) hari ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata,cpenetapan harga vaksin tersebut tidak berada di bawah kawalan kerajaan.

Menurut beliau, ibu bapa yang mahu mendapatkan suntikan berkenaan untuk anak mereka selepas PICKids berakhir perlu berbuat demikian di fasiliti kesihatan swasta bermula esok.

“Bayaran vaksin tersebut, bergantung pada pihak swasta untuk menetapkan harganya dan ia termasuk caj konsultasi, peralatan dan perkhidmatan.

“Bagaimanapun, harga vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak itu perlu mengikut kadar siling ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022, di Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) (SKJC) Choong Wen di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengumumkan 31 Mei sebagai hari terakhir pelaksanaan PICKids.

Dr Noor Azmi berkata, 1,720,411 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sejak PICKids dilancarkan Februari lalu, manakala sejumlah 1,171,888 atau 33 peratus sudah melengkapkan kedua-dua dos.

“Kementerian menganggarkan 548,523 kanak-kanak akan melengkapkan dos kedua mereka selewat-lewatnya 30 Ogos nanti,” katanya.

KKM juga jelas beliau, akan menumpukan kepada tugas menyelesaikan pemberian vaksin kepada 300,000 kanak-kanak yang bakal berusia lima tahun selepas tarikh hari ini, dan mereka diberi masa untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan terbabit bermula esok sehingga 31 Januari tahun depan.

“Setakat ini juga, KKM belum membuat keputusan berhubung pemberian vaksin dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun, kerana ingin memfokus kepada kumpulan 300,000 kanak-kanak itu terlebih dahulu yang dijangka boleh melonjakkan peratusan,” ujarnya.

Dr Noor Azmi memberitahu, bermula 1 Jun hingga 31 Januari 2023, PICKids hanya menawarkan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan KKM atau klinik swasta yang masih beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Tawaran itu jelasnya, khusus kanak-kanak yang baru mencecah usia lima tahun pada atau selepas tarikh hari ini.

“Ibu bapa yang berhasrat memberi vaksinasi kepada anak yang baru mencapai usia lima tahun, dinasihatkan mendaftar dan menempah temu janji melalui aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat temu janji secara terus di Klinik Kesihatan KKM,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Perlu Bayar Untuk Suntikan Vaksin Kanak-Kanak Selepas PICKids Tamat

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Lebih Suku Juta Kanak-Kanak Lengkap Dos Vaksin COVID-19

3

Semasa 4 tahun yang lalu

KKM Sasar 50 Peratus Kanak-Kanak Terima Vaksin COVID-19 Sebelum Persekolahan Bermula

4

Semasa 4 tahun yang lalu

PICKids: Pemberian Sinovac Bermula Esok

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi