web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Sasar 50 Peratus Kanak-Kanak Terima Vaksin COVID-19 Sebelum Persekolahan Bermula

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 4:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 50 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sebelum sesi persekolahan bermula minggu depan.

Justeru, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyeru ibu bapa segera membawa anak masing-masing menerima suntikan vaksin tersebut agar dapat melindungi mereka daripada kesan buruk sekiranya dijangkiti COVID-19.

“Apa yang membimbangkan adalah kemasukan kanak-kanak ke unit rawatan rapi (ICU) akibat COVID-19.

“Sekarang ini hanya 32 peratus sahaja kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima suntikan.

“Jangan ambil sikap ‘tunggu dan lihat’, sekolah akan dibuka seminggu lagi, saya merayu segeralah mendapatkan suntikan vaksin untuk anak-anak.

“Vaksin tidak boleh cegah jangkitan tetapi dapat melindungi anak kita daripada kesan gejala buruk COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khidmat komuniti anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia di sini hari ini.

Pada program itu, Khairy berkata KKM mencadangkan Bulan Pemeriksaan Kesihatan diadakan pada Julai ini bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat berusia 40 tahun ke atas menjalani saringan kesihatan secara percuma di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.

Beliau berkata KKM juga melakukan program ‘outreach’ bagi saringan kesihatan kepada penerima B40 di kawasan luar bandar dan pedalaman yang turut melibatkan pengamal perubatan swasta di bawah program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

“Kita buat keputusan di kementerian supaya satu bulan pada tahun ini dikhususkan untuk melaksanakan saringan kesihatan, saya akan umumkan tarikh dan sasaran berapa juta individu yang akan kita saring pada bulan tersebut,” katanya.

Beliau berkata susulan negara berdepan pandemik COVID-19 dalam tempoh dua tahun ini, tidak banyak program perkhidmatan kesihatan bukan COVID-19 dapat dilaksanakan dan kini adalah masa sesuai untuk melaksanakan program kesedaran kesihatan tersebut.

Khairy berkata usaha itu perlu dilakukan pihak berwajib kerana ketika ini hanya 561,000 daripada 4.9 juta penerima PeKa B40 mendapatkan manfaat daripada program berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek