web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PICKids: Pemberian Sinovac Bermula Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 4:59PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian Vaksin CoronaVac (Sinovac) yang diluluskan pada 3 Mac lalu untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun melalui Program Vaksinasi COVID-19, akan bermula esok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, vaksin tersebut akan ditawarkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih, dan hanya akan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atas faktor kesihatan.

Menurut beliau, ibu bapa juga diberi pilihan untuk membenarkan anak mereka disuntik vaksin Sinovac sekiranya tidak bersetuju untuk memberikan pelalian jenis Pfizer.

“Mulai 7 Mac, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mula menawarkan vaksin Sinovac ini di Pusat Pemberian Vakin (PPV) terpilih, dan ibu bapa boleh menyemak senarai nama serta waktu operasi PPV yang menawarkan vaksin berkenaan secara walk-in di laman web KKM serta PHCorp,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata, CoronaVac merupakan  vaksin kedua yang diluluskan penggunaannya selepas vaksin Comirnaty.

“Ibu bapa yang mendaftarkan anak dalam aplikasi MySejahtera akan menerima pautan kepada tempahan janji temu vaksinasi secara percuma,” katanya.

Beliau menarik perhatian, ibu bapa boleh membuat pilihan untuk mendapatkan vaksin Sinovac tersebut di klinik serta hospital swasta tetapi perlu membuat bayaran.

“Selain dari program PICKids, terdapat juga klinik dan hospital swasta yang menawarkan vaksin CoronaVac kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan bayaran,” ujarnya.

Vaksin Sinovac hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia lima tahun dan bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, dua dos vaksin akan diberikan kepada mereka dengan selang masa empat minggu.

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi berkata, walaupun pemberian Sinovac sudah diluluskan, Comirnaty (Pfizer) dengan formular kanak-kanak adalah vaksin yang diberi keutamaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

“Ia termasuk untuk kanak-kanak yang mempunyai risiko tinggi dan terdapat komorbiditi seperti ada rendah imun atau immunocompromised, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, kencing manis, obesiti dan penyakit lain,” katanya.

Jelas beliau, pandemik COVID-19 telah memberikan cabaran bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Jangkitan COVID- 19 yang teruk katanya, boleh berlaku dan mengakibatkan peningkatan kemasukan ke hospital, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian di kalangan orang dewasa, remaja dan juga kanak- kanak.

“Berdasarkan data dalam COVIDNOW sehingga 5 Mac 2022, jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun menunjukkan peningkatan ketara apabila 123,053 orang disahkan positif virus itu semenjak Januari 2022.

“Terdapat juga kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di ICU,” katanya. - 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Ejen Hartanah Rugi RM7.8 Juta, Duit ‘Disonglap’ Macau Scam

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Harga Vaksin Kanak-Kanak Bergantung Keputusan Klinik Swasta - Timbalan Menteri

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Perlu Bayar Untuk Suntikan Vaksin Kanak-Kanak Selepas PICKids Tamat

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Lebih Suku Juta Kanak-Kanak Lengkap Dos Vaksin COVID-19

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad