web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sasterawan Zaharah Nawawi Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Rawang, Selangor pada jam 7.55 pagi tadi dipercayai akibat penyakit barah. 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 3:13PM

Gambar ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Rawang, Selangor pada 7.55 pagi tadi dipercayai akibat penyakit barah. 

Berita itu dikongsikan anak saudara Allahyarham, Mohd Fadhil Jaffar, menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Mohd Fadhil menyifatkan ibu saudaranya itu sebagai seorang yang disenangi dan selalu berfalsafah serta antara seorang yang berjaya dalam kalangan adik-beradiknya, selain banyak memberi inspirasi.

“(Beliau) Banyak memberi inspirasi atas kejayaan beliau yang banyak mendapat pengiktirafan, novelis tersohor dan sasterawan disegani… namun terselit juga kisah duka di sebalik suka.

“Bertarung ke akhir hayat melawan penyakit barah yang dihadapi… Alhamdulillah... dua minggu lepas sempat kami datang menziarah, terpancar senyuman dan kegembiraan dalam menahan kesakitan melihat generasi dan legasi sekarang walaupun sekadar menumpang kasih sayang anak-anak dan cucu-cucu saudara,” katanya.

Mohd Fadhil juga mendoakan semoga ibu saudaranya ditempatkan bersama orang yang beriman.

Katanya jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya selepas Zohor tadi.

Zaharah, 82, yang merupakan anak kelahiran Kampung Parit Jawa, Mukim Empat, Batu Pahat Johor, dilahirkan pada 5 Mei 1940 dan mula mengasah bakat dalam penulisan pada usia 12 tahun.

Pencapaian tertinggi yang diraih Zaharah adalah Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand menerusi novel Anugerah serta Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim pada 1999.

Dalam kerjayanya, beliau pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai wartawan di Mingguan Malaysia dan Anggota Sidang Pengarang majalah WANITA dari 1968 hingga 1976 dengan jawatan terakhir Zaharah di Utusan Melayu adalah sebagai Ketua Redaksi majalah MASTIKA.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Editor Umum Penerbitan Berbahasa Malaysia di Berita Publishing (anak syarikat Kumpulan The New Straits Times) dari 1976 hingga 1985.

Beliau turut pernah menjadi Editor Urusan di Pustaka Cipta Sdn Bhd pada 1985 hingga 1986 selain pernah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dari 1997 hingga 1998.

Antara novel dihasilkan beliau adalah Panglima Salleh, Selempang Merah; Jalur Sinar di Celah Daun; Azah Aziz: Kartika di Langit Seni; Anugerah; Sehelai Daun Yang Gugur; Haruman Kencana; Bulan dan Mentari; Di Hujung Penantian; Semangat Bunga; Wangian Bukit Peranginan serta Warna dan Wajah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad