web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saman Penjaja Di Lampu Isyarat Adalah Untuk Mendidik - Polis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 8:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tindakan saman yang dikenakan ke atas penjaja makanan dan minuman ringan di lampu isyarat bertujuan mendidik dan bukannya menutup mata pencarian mereka.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata sekiranya polis mahu mengambil tindakan tegas sudah pasti setiap hari saman akan dikeluarkan kepada penjaja terbabit.

Beliau berkata polis menerima banyak rungutan dan aduan daripada orang ramai mengenai kegiatan penjaja yang disifatkan mengganggu perjalanan lalu lintas, oleh itu tindakan perlu diambil.

"Kita juga sudah memberikan notis selama sebulan kepada kumpulan penjaja ini supaya mereka beralih kepada kaedah lain untuk berniaga agar lebih selamat.

“Sebelum ini, sudah ada beberapa kes yang hampir menyebabkan kemalangan antara penjaja ini dengan penunggang motosikal. Bahaya bukan sahaja kepada mereka tetapi juga pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafien berkata demikian sebagai mengulas tindakan saman yang dikeluarkan polis kepada 22 penjaja yang berniaga di kawasan persimpangan lampu isyarat sekitar daerah ini dalam satu operasi khas baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penjaja makanan dan minuman ringan boleh berniaga tetapi bukan di kawasan jalan raya dan pihak berkuasa mempunyai kuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan bagi mengambil tindakan terhadap mereka.

"Kita faham dalam suasana pandemik COVID-19 dan kekangan ekonomi sekarang, ramai orang mahu mencari pendapatan.

“Bagaimanapun, nasihat saya carilah kaedah yang lebih selamat khususnya bagi peniaga atau penjaja di atas jalan raya ini. Kita tidak mahu berlaku kemalangan melibatkan mereka dan pengguna jalan raya," katanya.

Difahamkan, kesemua penjaja berusia lingkungan 20-an itu disaman ketika sedang menjaja makanan dan minuman di sekitar Jalan Hamzah, Jalan Kuala Krai dan Jalan Lembah Sireh di sini.

Mereka disaman mengikut Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan tindakan boleh diambil di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Penjaja yang disaman akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh sebulan dan berdepan denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar