web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kenalpasti Sindiket Eksploit Komuniti Palauh

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 9:45PM

Peter melakukan pemeriksaan perbarisan di IPD Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tawau - Polis sudah mengenal pasti sindiket pengeksploitasian komuniti Palauh terutamanya kanak-kanak untuk mengemis sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati sindiket berkenaan mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran atau mengambil hasil pendapatan mengemis komuniti Palauh.

"Terdapat pihak yang menyediakan pengangkutan, mengambil komuniti ini di suatu lokasi sebelum menghantar mereka ke beberapa kawasan untuk mengemis.

"Sindiket terbabit menjadikan kawasan sekitar jalan raya, tempat parkir kenderaan, bank dan pasar raya sebagai lokasi mengemis," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini, hari ini.

Menurut Peter, berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam komuniti ini ketika mengemis, termasuk mengabaikan penggunakan pelitup separuh muka dan penjarakan fizikal.

Tambahnya, menerusi aduan awam yang diterima, polis tidak menolak kumpulan terbabit berpotensi menjadi ejen kepada penularan COVID-19, sekali gus mengganggu usaha kerajaan menangani virus berkenaan.

"Menerusi mesyuarat keselamatan semalam, pihak kami memutuskan untuk melancarkan operasi bersepadu dalam masa terdekat, khusus bagi menangani kumpulan pengemis ini.

"Operasi terbabit akan membabitkan beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Perbandaran Tawau dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membolehkan tindakan menyeluruh dilakukan," katanya.

Jika didapati bersalah, kumpulan sindiket berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk mengikut Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengeksploitasi golongan itu untuk mengemis.

Sementara itu, Peter menjelaskan sebanyak 358 kompaun dikeluarkan pihaknya bernilai RM358,000 membabitkan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh setahun pelaksanaannya sejak Mac tahun lalu.

"Bagaimanapun, hanya 182 kompaun berjaya dibayar manakala selebihnya masih dalam proses.

"Sehingga kini, kami masih belum mengeluarkan kompaun dengan nilai maksimum RM10,000 bagi kesalahan pelanggaran SOP PKP walaupun ada pihak mendakwa ia pernah dilakukan pihak polis," katanya.

Pada masa sama, Peter turut menasihatkan orang ramai agar tidak membawa kanak-kanak atau bayi di pasar raya dan kawasan membeli belah bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

"Walaupun Tawau kini berada dalam kawasan PKP Pemulihan (PKPP), kita masih perlu mengambil langkah berhati-hati bagi membendung masalah ini," katanya. – Getaran, 25 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Bitcoin Didalangi Warga China Tanpa Dokumen Tumpas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 10 Warga Asing Termasuk Kanak-Kanak Mengemis Di Bangsar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Pekerjaan Filipina, Kerajaan Usaha Bawa Pulang 134 Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad