web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Pekerjaan Filipina, Kerajaan Usaha Bawa Pulang 134 Rakyat Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 6:00PM

Kementerian Luar sedang mengenalpasti dan mengesahkan status 134 mangsa sindiket jenayah penipuan pekerjaan di Filipina yang dipercayai rakyat Malaysia. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar sedang mengenalpasti dan mengesahkan status 134 mangsa sindiket jenayah penipuan pekerjaan di Filipina yang dipercayai rakyat Malaysia.

Wisma Putra menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, mereka adalah antara 2,714 mangsa dari pelbagai negara yang diselamatkan pihak berkuasa Filipina.

Katanya, ia susulan serbuan ke atas syarikat Xinchuang Network Technology Inc.

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang mengenalpasti dan mengesahkan status 134 mangsa dipercayai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah di Filipina.

“Ia selepas Kedutaan Besar Malaysia di Manila mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan Filipina, sudah membuat serbuan ke atas syarikat terbabit dan menyelamatkan mangsa jenayah sindiket berkenaan,” katanya.

Semalam, media antarabangsa melaporkan, polis Filipina menyelamatkan lebih 1,000 mangsa, didakwa diperdagangkan ke negara itu.

Individu terbabit didakwa diperdagangkan untuk bekerja di sebuah kasino dalam talian di Manila.

Difahamkan, mangsa terdiri daripada warga Malaysia, China, Vietnam dan Singapura diselamatkan ketika polis menyerbu bangunan dalam kawasan ibu negara berkenaan pada malam Isnin lalu.

Mangsa didakwa menerima tawaran pekerjaan menerusi iklan di Facebook untuk bekerja di Filipina sebagai pembantu permainan dalam talian.

Pada masa sama, Wisma Putra memaklumkan, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke tanah air dalam masa terdekat.

“Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. - Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad