web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Belum Terima Laporan Artis Didakwa 'Honeymoon'

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 9:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tawau -  Polis belum menerima sebarang laporan berhubung pasangan artis yang didakwa merentas negeri untuk berbulan madu di sekitar daerah ini dan Semporna, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata demikian ketika ditemui wartawan, di sini, hari ini.

"Sehingga kini, kami tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan artis dari Semenanjung Malaysia itu.

"Secara amnya, jika benar mereka melanggar peraturan merentas negeri seperti didakwa di media sosial sebelum ini, saya percaya pasti pasangan artis terbabit sudah ditahan pihak berkuasa sebaik tiba di lapangan terbang lagi," katanya.

Bagaimanapun, Peter meminta kerjasama orang ramai agar tidak menyalahgunakan pas kebenaran merentas zon atau negeri yang diberikan pihak berkuasa.

Terdahulu, tular berita pasangan artis baru bernikah bercuti di Tawau dan Semporna menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial.

Dengan menggunakan kapsyen '#honeymoon'' gambar yang awalnya dimuatnaik di laman sosial mereka itu menimbulkan perbalahan di kalangan netizen, apabila ada yang menuduh mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri.

Bagaimanapun, pasangan terbabit membuat penafian menerusi laman sosial masing-masing dan mendakwa mereka ke Sabah atas urusan kerja. – Getaran, 25 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran