web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JAKIM Hantar Pasukan Audit Ke Australia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 8:12AM

Idris Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menghantar pasukan audit halal bagi melakukan pemeriksaan di semua loji sembelihan dan di ‘Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc’ (SICHMA) di Australia, yang membekalkan daging ke Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata pasukan itu akan dihantar segera, selepas SICHMA selaku badan persijilan halal mengesahkan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal di negara itu, telah melanggar protokol halal dalam penyembelihan.

“Sebelum SICHMA membuat perakuan, kita terus ambil tindakan membatalkan dan menghentikan loji berkenaan sehingga siasatan dilakukan dan hari ini terbukti SICHMA yang bertanggungjawab ke atas persijilan halal, telah membuat perakuan loji tersebut melanggar persijilan halal,” katanya pada sidang media pada Program  Bantuan Hari Raya Asnaf-QSR-SPE di KFC Simpang dekat sini semalam.

Pada 13 Mei lalu, kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperoleh.

Idris berkata sejak 13 Mei lalu, produk dari loji berkenaan tidak dibenarkan di import ke Malaysia dan produk dari loji tersebut yang masih ada di pasaran, diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan perkara melibatkan status halal, dan mana-mana loji yang sembelihan meragukan boleh terus dilaporkan kepada Jakim untuk siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Janji Kahwin Sebelum PRU-16, Idris Doa Jodoh Syed Saddiq Dipermudah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Jadikan Kepimpinan Rasulullah SAW Acuan Penyatuan Umat’ - Abdul Hadi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Ukur Kemampuan, Ambil Kira Kenaikan Kos Sebelum Tunai Haji - Idris

4

Politik 3 tahun yang lalu

Kerajaan Keluarga Malaysia Proaktif Bantu Rakyat Menerusi Pelbagai Program Turun Padang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek