web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Jadikan Kepimpinan Rasulullah SAW Acuan Penyatuan Umat’ - Abdul Hadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 12:00PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan Rasulullah SAW secara matang dan sejahtera dalam menguruskan negara bermasyarakat majmuk seharusnya menjadi panduan kepada pemimpin Islam di negara ini bagi membina Malaysia yang sejahtera.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kesempurnaan Islam mengikut konsep wasatiyyah ditunjukkan Allah SWT, model pelaksanaan yang bijak oleh Rasulullah SAW dan generasi awal, berjaya menjadikan Islam diterima masyarakat majmuk.

“Sunnah Baginda SAW menjadi panduan dan asas bagi menghayati perjuangan yang akan terus dilangsungkan oleh umat Islam pada hari ini.

“Jadikan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai acuan dalam melaksanakan agenda penyatuan umat yang terkandung dalam makna umat dakwah dan umat ijabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena Maulidur Rasul menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Jelas beliau lagi, Rasulullah SAW memulakan langkah mendirikan negara dengan mendahulukan perpaduan umat dalam kalangan penganut Islam daripada kalangan Muhajirin dan Ansar.

Menurut beliau, ini termasuklah juga kabilah Arab yang lain, bersama individu bukan Arab seperti Bilal Rabah RA dan Salman al-Farisi RA.

Katanya, penyatuan dilakukan berasaskan kepada keimanan yang juga prinsip kukuh dalam diri manusia bagi mengawal diri mereka agar menjadi seorang yang patuh kepada petunjuk Allah SWT (Islam), sekali gus menjadikannya sebagai dasar negara.

“Pada masa sama, mengajak penyertaan masyarakat majmuk di Madinah. Seterusnya, dimeteraikan Sahifah Madinah (Piagam Madinah) dengan penyertaan masyarakat yang menganut Islam serta golongan bukan Islam daripada bangsa Arab dan Yahudi yang tidak ekstrem.

“Golongan itu menolak kepemimpinan mereka yang zalim dan fanatik, menyebabkan mereka sanggup berperang dalam tempoh masa panjang tanpa sebarang penyelesaian,” katanya.

Abdul Hadi berkata, golongan bukan Islam pula menerima kepimpinan Islam berkonsepkan hak kemanusiaan hidup bermasyarakat dengan mengadakan kerjasama dalam perkara yang baik dan tidak memaksa dalam perbezaan agama tanpa sebarang gangguan.

“Hal ini berlaku kerana ingin memelihara keharmonian kemanusiaan yang bermasyarakat mengikut acuan al-Quran, serta mengamalkan konsep adil kepada seluruh manusia,” katanya.

Susulan itu, beliau menggesa semua umat Islam agar menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan menguatkan iltizam bersama dalam menegakkan sunnah Rasulullah SAW sepanjang hayat.

“Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan atau perbarisan dan berslogan mencintai Rasulullah.

“Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah SAW dengan mengamalkan serta menegakkan segala suruhan Baginda SAW, dan meninggalkan serta berusaha menghalang segala perkara dibenci oleh Baginda SAW,” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Syura PAS mengambil pendirian mengunci mulut apabila ditanya media mengenai perincian hasil mesyuarat parti itu, malam tadi.

Pemimpin parti itu yang dihampiri Getaran enggan mengulas, malah ada seolah-olah cuba mengelak daripada mendekati media yang menunggu di Rumah Kelantan di sini, sejak jam 8 malam semalam.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menegaskan, keputusan mesyuarat terbabit akan dikeluarkan kemudian dan difahamkan menerusi kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin.

Sebelum itu, PAS tidak membuat sebarang kata putus mengenai kerjasama dengan UMNO, apabila kepimpinannya mengambil ketetapan untuk meneruskan usaha penyatuan ummah dalam kalangan tiga parti teras Melayu itu, termasuk dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebaliknya, Abdul Hadi memaklumkan, partinya berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ berhubung syarat serta rundingan bersama UMNO dan BERSATU.

“PAS tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca-PRU-15.

“PAS berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan dengan pihak UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), termasuk berkenaan syarat-syarat dikemukakan serta rundingan kerusi sedang diusahakan,” katanya. - Getaran, 9 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Zulhijjah, Mari Raikan Kedatangan Bulan Penuh Fadhilat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Pertikaian Berkaitan Kisah Hidup Nabi, Ustaz Don Direhatkan Daripada Bersiaran 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad