web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Pertikaian Berkaitan Kisah Hidup Nabi, Ustaz Don Direhatkan Daripada Bersiaran 

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman sendiri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 3:47PM

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ekoran kontroversi terbaharu berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman sendiri menerusi hantaran di aplikasi X awal pagi tadi. 

Jelas beliau, langkah ini diambil bagi meredakan keadaan yang tegang di media sosial.

"Untuk meredakan keadaan, saya telah meminta mereka untuk rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah. Jangan tanya apa yang saya rasa dan fikir. Terkelu,” ciapnya. 

Sebelum itu, dalam hantaran yang berasingan, Suhaimi turut menjelaskan bahawa tugas Ustaz Don Daniyal dalam rancangan tersebut adalah sebagai pengacara dan bukannya penganalisis atau penceramah.

“Tugas Ustaz Don dalam Salam Baitullah sebagai pengacara dan bukan pengalisis atau penceramah. Beliau juga dinasihatkan agar tidak mengundang kontroversi. Beliau akur. Pimpinan tertinggi editorial juga ada di lokasi menentukan semua pengacara mengikut skrip. Doakan yang baik-baik” tulis Suhaimi.

Suhaimi juga sempat berpesan agar semua semua pengguna platform sosial media supaya berfikiran terbuka dan menghormati pandangan orang lain sama ada ia adalah betul ataupun sebaliknya. 

Difahamkan, Ustaz Don Daniyal dikritik beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan daripada pendakwah ini dibuat ketika bersiaran di sebuah stesen radio, di mana dia mendakwa Rasullulah pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan wanita ini adalah cinta pertama Rasulullah.

Lantaran itu, pendakwah ini telah ditegur oleh beberapa tokoh agamawan supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih, namun Ustaz Don Daniyal tetap dengan pendiriannya dan tidak mahu membuat sebarang pembetulan. 

Meskipun mendapat teguran beberapa tokoh agamawan, pendakwah terbabit bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat sebarang pembetulan.

Pada Selasa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut terpanggil untuk mengulas tentang kontroversi ini. 

Jelas mereka, kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Rasulullah adalah diragui.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ustaz Don Daniyal didakwa menyebarkan kisah-kisah yang tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah serta menggunakan hadis-hadis yang daif. 

Suatu ketika dahulu, bekas pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah juga pernah menyuarakan pendapatnya dan meminta pihak berwajib dan alim ulama di Malaysia untuk menyemak kata-kata pendakwah terbabit berhubung cerita-cerita mistik yang juga dipercayai tidak mempunyai hujah dan dalil yang sahih. - Getaran, 5 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tiada Lagi Ustaz Don Di Salam Baitullah, Direhatkan Terus

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Zulhijjah, Mari Raikan Kedatangan Bulan Penuh Fadhilat

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Agong Sambut Presiden Singapura, Beri Sambutan Negara Di Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Op Mega: Jabatan Imigresen Tahan 503 Warga Asing Di Seluruh Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Maut, 2 Cedera Nahas 2 Kenderaan 

oleh Sophia Ahmad