web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Ustaz Don Di Salam Baitullah, Direhatkan Terus

Perkembangan terkini ini dikongsi oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman sebentar tadi

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 5:37PM

Ustaz Don Daniyal Bijayid. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja kembali bersiaran di program Salam Baitullah pada Rabu lalu selepas direhatkan, Ustaz Don Daniyal Bijayid sekali lagi dikenakan tindakan yang sama.  

Perkembangan terkini ini dikongsi oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman sebentar tadi menerusi ciapan di platform X. 

Ciapan Suhaimi Sulaiman di platform X
Ciapan Suhaimi Sulaiman di platform X

Menurut Suhaimi, program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berbaki empat episod itu tidak akan lagi menampilkan pendakwah terbabit susulan kenyataan terbaharu Ustaz Don di dalam program tersebut yang menjadi pertikaian ramai.

“Kita sudah menasihatkan beliau, bawa berjumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bermacam pihak berautoriti hendak membantu supaya diberi peluang dan ada keinsafan,” ulas beliau kepada Kosmo Online.

Dalam masa yang sama, Suhaimi juga memaklumkan bahawa beliau sendiri telah menghubungi dan memaklumkan perkara itu kepada Ustaz Don.

Perkongsian Ustaz Don di dalam program Salam Baitullah baru-baru ini sekali lagi mengundang pertikaian apabila berkongsi hadis yang mengatakan memandang pada wajah guru, lebih baik dari menyedekahkan 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

Terdahulu, Ustaz Don dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan daripada pendakwah ini dibuat ketika bersiaran di sebuah stesen radio, di mana dia mendakwa baginda Rasullulah pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan wanita ini adalah cinta pertama Rasulullah.

Lantaran itu, pendakwah ini telah ditegur oleh beberapa tokoh agamawan supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih, namun Ustaz Don tetap dengan pendiriannya dan tidak mahu membuat sebarang pembetulan. 

Pendakwah terbabit bertegas dengan dakwaannya, meskipun mendapat teguran daripada beberapa tokoh agamawan. 

JAKIM telah memanggil Ustaz Don untuk satu pertemuan yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil. - Getaran, 15 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Dia Bekas Pelajar Saya, Rehatkan Ustaz Don 1 Kerugian’ - Ustaz Kazim Elias

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Pertikaian Berkaitan Kisah Hidup Nabi, Ustaz Don Direhatkan Daripada Bersiaran 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang