web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Dia Bekas Pelajar Saya, Rehatkan Ustaz Don 1 Kerugian’ - Ustaz Kazim Elias

Menurut Ustaz Kazim, memang ada hadis sahih tentang kisah Rasulullah meminang Ummu Hani tetapi hanya sekali 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 12:57PM

Ustaz Kazim Elias

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendakwah selebriti terkenal Ustaz Kazim Elias berharap agar Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berlapang dada dengan ujian yang sedang melanda dirinya, selepas ‘direhatkan’  sementara daripada rancangan Salam Baitullah.

Menyifatkan tindakan itu sebagai satu kerugian besar, Kazim berkata, Don Daniyal pernah menjadi anak muridnya satu ketika dahulu di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar. 

"Bagi saya satu kerugian  yang besar seandainya Ustaz Don tidak lagi boleh bercakap di media utama kerana dia berjaya menarik minat ramai orang khususnya golongan muda untuk mendengar ceramahnya. 

"Mungkin ada penjernihan yang perlu dilakukan oleh Ustaz Don. Saya difahamkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pun telah memanggil dia dan mufti wilayah pun telah mengeluarkan kenyataan. 

"Saya sendiri pun pernah digam satu ketika dahulu. Tetapi saya kena hormat, saya kena perbetulkan semula kesilapan yang telah saya lakukan. 

"Pegangan saya adalah, sila buat yang terbaik. Insya Allah stesen televisyen dan radio akan panggil semula. Bagi saya dalam bab ini kita perlu ada kelapangan hati," katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Zim Zim Al Kazim di Petaling Jaya. 

Tambah Ustaz Kazim, masyarakat juga tidak perlu mencaci dan menghina Ustaz Don seolah-olah tiada langsung kebaikan yang telah dilakukan.

"Dia dihentam seolah-olah langsung tidak pernah buat baik. Apa kesalahan besar yang dia lakukan sehingga dimaki hamun? Sepatutnya kita nasihat dia dengan cara yang baik.

“Bagi saya ini adalah ujian untuk Ustaz Don selama 14 tahun di terlibat sebagai penceramah. Dia perlu melalui asam garam dalam bidang dakwah," ujarnya. 

Ditanya adakah beliau telah menghubungi Ustaz Don untuk memberikan nasihat dan kata-kata semangat, kata Ustaz Kazim dia tidak mahu menambah tekanan yang dihadapi. 

"Saya tidak menghubungi dia. Cuma baru-baru ini dia ada mesej saya berkenaan program Salam Baitullah. Saya sepatutnya membuat kemunculan dalam dua episod bersamanya. 

"Saya tidak mahu serabutkan pemikiran  serta beri tekanan kepada dia. Saya faham dia adalah seorang yang terbuka. Kalau diminta untuk direhatkan, dia akan ikut. Dia bukan jenis yang akan lawan balik. Saya kenal dia. Jadi saya rasa tak perlu untuk saya menasihatkan dia sebab dia sudah tahu," kongsinya.

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Antara ceramah Ustaz Don yang menjadi pertikaian ramai adalah tentang kisah cinta pertama Nabi Muhammad SAW yang dikatakan telah meminang Ummu Hani sebanyak tiga kali tetapi ditolak sebelum baginda berkahwin dengan Siti Khatijah. 

Menurut Ustaz Kazim ada satu hadis sahih yang menceritakan tentang Rasulullah meminang Ummu Hani. 

"Ada satu hadis sahih. Sekali pinangan baginda. Tetapi dua tiga kali pinangan itu saya tidak pasti dari mana. Itu yang ramai orang bertanya dan minta  sumber, dalil, kitabnya dari mana. Itu Ustaz Don yang perlu kemukakan. 

"Tetapi memang ada dalam riwayat  hadis sahih menyatakan bahawa memang Ummu Hani menolak pinangan Rasulullah kerana tidak mahu mengganggu Rasulullah kerana perlu menjaga anak-anaknya yang ramai. Bukan dia tak sayang Rasulullah, tetapi kerana sayanglah dia tolak pinangan tersebut," jelasnya. 

Rabu lalu Ustaz Don direhatkan daripada bersiaran di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) susulan pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di laman sosial X. - Getaran, 9 Jun 2024 

Foto : Helmi Anuar , PR

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tiada Lagi Ustaz Don Di Salam Baitullah, Direhatkan Terus

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem Zim Zim Ala Kazim - Mawi Terkejut Ustaz Kazim Elias Boleh Berlakon Dengan Baik  

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang